KUALA LUMPUR: Berbekalkan semangat dan keazaman yang kuat untuk berjaya, Sabah dengan bergaya menggondol sembilan pingat emas daripada keseluruhan 30 yang dipertandingkan pada hari pertama saingan olahraga temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 semalam yang berlangsung selama empat hari.
Pada saingan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, slogan 'Sabah Boleh' menjadi pendorong kejayaan Negeri di Bawah Bayu itu menuai lima emas menerusi acara padang dan empat dalam acara trek, melepasi sasaran tujuh emas yang ditetapkan pada hari pertama, selain memecahkan lima rekod kejohanan.
Sembilan emas Sabah itu diperoleh menerusi acara Merejam Lembing Lelaki F13, Merejam Lembing Lelaki F36, Merejam Lembing Lelaki F37, Merejam Lembing Lelaki F54, Merejam Lembing Lelaki F57, 100 meter (m) lelaki T37, 100m Lelaki T44, 100m Lelaki T47 dan Lompat Jauh Wanita F20.
Lima rekod baharu kejohanan masing-masing dicipta Ahmad Ajin Bagudan dalam acara Merejam Lembing Lelaki F13, Heronlee Wong (Merejam Lembing Lelaki F37), Muhammad Khairi Military Lorin (Merejam Lembing Lelaki F54), Eddy Bernard (100m Lelaki T44) dan Mukhriz Ameer Izzudin Abdul Rauf bagi 100m Lelaki T47.
Pengurus skuad para olahraga Sabah Anne Liuh menyifatkan kejayaan itu sebagai kebangkitan Sabah susulan prestasi ditampilkan barisan atlet baharu yang turut berjaya mencipta kejutan meraih perak dan gangsa.
"(Kebangkitan Sabah) mungkin salah satunya (kerana) kami ramai atlet baharu yang bersemangat dan kami (kontinjen) saling menyokong antara satu sama lain... mungkin daripada semangat diri sendiri (atlet) kerana kejayaan ini bergantung kepada diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Anne berkata skuad para olahraga Sabah meletakkan sasaran lebih rendah pada temasya kali ini iaitu 17 pingat emas berbanding 19 emas yang diraih pada Para Sukma Perak 2018 berikutan terdapat beberapa atlet tidak dapat bertanding dan tidak dibenarkan bertanding kerana pernah mewakili negara pada Sukan Paralimpik selain acara yang tidak dipertandingkan.
"Semua atlet tersebut adalah prospek emas bagi Sabah. Cuma kami menantikan keajaiban dan berharap dapat mencapai lebih daripada sasaran," katanya.
Sementara itu, Ahmad Ajin yang memperbaharui rekod kejohanan miliknya dengan catatan 46.90m, mengatasi rekod lama 46.71m, mendedikasikan kejayaan itu kepada isteri Rozzela Kamisin dan putera sulungnya Wildan Rizky yang baru berusia seminggu.
"Sasaran saya sekarang mahu pergi ke Sukan Para ASEAN 2023 sebab dulu (edisi 2020) saya sudah layak tetapi disebabkan COVID-19, niat saya tertangguh. Ada rasa agak kecewa sekejap tetapi jurulatih bagi semangat untuk saya teruskan usaha sampai sekarang," kata atlet berusia 27 tahun itu yang sudah bersedia untuk mewakili Malaysia.
Sukan Para ASEAN 2020 yang sepatutnya berlangsung di Filipina dibatalkan susulan pandemik COVID-19.
Sementara itu, hari pertama olahraga turut menyaksikan kehebatan Sarawak yang berjaya merangkul keseluruhan enam emas, Perak (empat) manakala Kedah dan Johor masing-masing membawa pulang tiga emas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Kejayaan itu disifatkan sebagai kebangkitan Sabah susulan prestasi ditampilkan barisan atlet baharu yang turut berjaya mencipta kejutan. - Foto Anne Liuh/BERNAMA

Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Konflik Papua | Indonesia cari juruterbang warga New Zealand di Papua
Indonesia menggerakkan operasi mencari juruterbang warga New Zealand serta beberapa penumpang selepas sebuah pesawat kecil dibakar oleh sekumpulan pejuang pemisah di Papua.

Tragedi Itaewon | Menteri Korea Selatan dipecat gagal tangani situasi rempuhan
Ahli Parlimen Korea Selatan mengundi untuk menyingkirkan Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-Min berhubung tindak balasnya terhadap insiden rempuhan Halloween di Itaewon.

Toyota Tour | Jelajah negara bermula Mac, martabat sukan golf
Bermula Mac ini, Toyota Tour akan mengembara ke seluruh negara dengan misi menjadi platform buat pemain golf mengasah bakat dan kebolehan bagi bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Lesen gerenti lulus: 2 pembantu penguat kuasa ditahan SPRM
SPRM menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan yang disyaki menerima wang rasuah bagi urusan permohonan lesen kenderaan 'gerenti lulus'.

Putin didakwa 'luluskan' bekalan peluru berpandu tembak jatuh MH17 - Pasukan penyiasat
Sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

'Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan' - Aminuddin
MB Negeri Sembilan saran Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal cadangkan nama Khairy untuk bertanding di Kelantan.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

Mohamad Zikri, Nur Jannaton atlet terbaik Para Sukma 2022
Mereka dinobatkan sebagai Atlet Lelaki dan Wanita Terbaik temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 pada Majlis Perasmian Penutupan malam ini.

Para Sukma: Anak jati Tampoi idam emas peribadi ketiga
Atlet berusia 22 tahun itu bermotivasi tinggi meneruskan momentum cemerlang dalam acara 200m Lelaki T35/T36 hari ini.

Para Sukma: Bryan Junency Gustin pecah rekod kebangsaan
Dia memperbaharui rekod 167 kilogram yang dilakukan atlet Kelantan, Mat Hussein Mat Nor, dalam edisi di Perak pada 2018.

Bakal pengganti 'Dik Wan' puas raih emas
Atlet berusia 22 tahun itu mencatat kepantasan 13.15 saat (s) untuk meraih emas Para Sukma pertamanya.

Slogan 'Sabah Boleh' bergema di Bukit Jalil
Pengurus skuad para olahraga Sabah Anne Liuh menyifatkan kejayaan itu sebagai kebangkitan Sabah.

Para Sukma: Guru tahfiz tidak sangka menang emas pada penampilan pertama
Muhamad Bazli dan Muhammad Haziq menyumbang emas buat Selangor dalam acara ping pong beregu lelaki berkerusi roda kelas 1-3.

Para Sukma 2022 medan cungkil bakat baharu ke temasya utama
MSN mahu kenal pasti atlet yang mampu menggantikan jaguh-jaguh sedia ada, membawa cabaran negara ke peringkat lebih tinggi.

Latihan atlet Para Sukma Melaka dihentikan serta-merta sehingga 6 Dis
Keputusan diambil atas dasar kepentingan kesihatan, kesejahteraan dan kebaikan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.

Penangguhan Sukma: Atlet Sabah bersedia untuk Sukma 2022
Penangguhan Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Johor 2020 ke tahun 2022 merupakan satu langkah terbaik bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Sukma, Para Sukma 2020 Johor dibatalkan, akan diadakan pada 2022
Johor tetap diberikan hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia.