awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slovakia juara Piala Antarabangsa Frenz 2012

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2013
00:53 MYT
Slovakia juara Piala Antarabangsa Frenz 2012
Juara sulung menjadi milik pasukan Slovakia bawah 15 tahun selepas mereka menewaskan Persepolis FC dari Iran dengan keputusan penalti 5-3 di perlawanan akhir bola sepak Piala Antarabangsa Frenz 2012.
Perlawanan sebelum itu berakhir dengan keputusan tanpa jaringan tamat sepenuh masa.
Pertemuan ini merupakan ulangan aksi Kumpulan B buat kedua-dua pasukan.
Tampil dengan penuh waspada, Slovakia dan Persepolis mempamer corak permainan tersusun bagi mencipta peluang.
Kedudukan tanpa jaringan bagaimanapun kekal menuju rehat.
Aksi separuh masa kedua kemudian terganggu seketika berikutan masalah lampu limpah.
Selepas bersambung semula, kedua-dua pasukan sedikit terjejas dengan keadaan padang.
Masing-masing buntu bagi mendapatkan jaringan, memaksa perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Kapten Persepolis, Saeed Hossinpour memberikan kelebihan buat lawan selepas sepakannya diselamatkan penjaga gol Slovakia.
Martin Sulec muncul wira Slovakia apabila menjaringkan penalti kelima mengesahkan kejuaraan milik pasukannya.
Topic Berkaitan
#Iran
#persepolis fc
#piala antarabangsa frenz 2012
#Slovakia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan