awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Southgate 'bakar' semangat England juarai Euro

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2023
05:10 MYT
Southgate 'bakar' semangat England juarai Euro
Kontrak Southgate tamat selepas Euro 2024 dan kejohanan kali ini mungkin menjadi peluang terakhirnya mendakap trofi utama bersama England. - Gambar fail AP
JURULATIH England, Gareth Southgate 'membakar' semangat skuad Three Lions apabila meluahkan keyakinan untuk merangkul gelaran Euro edisi 2024.
Pengendali berusia 53 tahun itu membuat ucapan 'berapi' tersebut ketika skuadnya berkumpul untuk sesi latihan menjelang aksi dengan Ukraine pada pusingan kelayakan Euro 2024 di Poland Sabtu ini.
Southgate mahu pemainnya memiliki mentaliti kemenangan yang mantap selepas kecewa dalam beberapa kejohanan utama sebelum ini.
Kapten Brighton, Lewis Dunk mendedahkan ucapan bersemangat Southgate sebelum sesi latihan di St George's Park pada Rabu.
“Dia menyuarakan harapan untuk menjuarai Euro dan semua pemain mula memasang impian, jadi boleh saya katakan ia perubahan besar daripada segi mentaliti.
“Ia bukan sejauh mana kami boleh pergi di kejohanan itu. Ia adalah menjuarainya. Kami akan memenangi kejohanan ini dan kami mahu menjuarainya. Itu yang akan kami lakukan.
“Sudah tentu ia memberikan anda keyakinan dan dengan dikelilingi pemain bersemangat tinggi. Gareth penuh yakin England boleh menjuarai Euro,” ujar Dunk.
England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018, final Euro 2021 dan disingkirkan Perancis pada Piala Dunia tahun lalu di Qatar.
Kontrak Southgate tamat selepas Euro tahun depan dan kejohanan kali ini mungkin menjadi peluang terakhirnya mendakap trofi utama bersama England. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#England
#Gareth Southgate
#Lewis Dunk
#Euro 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan