Peluang jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan untuk mempertahankan pingat emas 100 meter (m) di Sukan SEA Filipina 2019 sudah tertutup selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilih Jonathan Nyepa dan Muhammad Zulfiqar Ismail sebagai pelari utama acara tersebut.
Khairul Hafiz, dengan jolokan The Speedy Jantan, sekadar melakarkan kepantasan 10.71 saat (s) pada aksi final 100m pada Kejohanan Olahraga KOM minggu lalu, sekali gus gagal melepasi had kelayakan 10.43s seperti ditetapkan.
Bagaimanapun, pemegang rekod kebangsaan 10.18s itu terpaksa berpuas hati dengan penyertaan dalam acara 4x100m sahaja, selepas disenaraikan dalam Kategori B acara berkenaan bersama-sama Muhammad Zulfiqar, Mohd Haiqal Hanafi, dan Nixon Kennedy.
Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil, berkata pemilihan Muhammad Zulfiqar berbanding Khairul Hafiz adalah berdasarkan prestasi semasa berbanding status sebagai penyandang juara Sukan SEA dan pemegang rekod kebangsaan.
Beliau berkata KOM mengutamakan prestasi semasa dan Khairul Hafiz terpaksa membuat pengorbanan dengan memberi laluan kepada Muhammad Zulfiqar yang turut berlatih dengan gigih untuk merebut slot pelari pecut dalam skuad negara.
"Apa yang berlaku sebelum ini kita perlu ambil kira, tetapi kita utamakan prestasi semasa dan perlu berlaku adil.
"Kita perlu beri motivasi kepada Khairul selepas kembali semula ke trek selepas cedera. Biar Khairul pulih sepenuhnya dan bina dirinya semula kerana beliau masih muda dan mampu buat yang lebih baik," katanya ketika ditemui di Wisma OCM di sini, pada Khamis.
Pelari berusia 21 tahun itu baru saja membuat penampilan pertama pada kejohanan kompetitif di Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali, bulan lalu dengan catatan masa 10.70s dan berjaya membaiki catatan 10.50s pada Terbuka Kuala Lumpur awal bulan lalu yang juga kejohanan keduanya selepas kembali dari kecederaan selama lebih tujuh bulan.
Dalam pada itu, bagi kategori wanita pula, Zaidatul Husniah Zulkifli disenaraikan bagi acara 100m dan 200m, manakala slot kedua bagi kedua-dua acara itu masing-masing menjadi milik juara Kejohanan KOM 2019, Siti Fathimah Mohamad dan Nurul Faizah Mazlan.
Selain itu, Mohd Manshahar berkata atlet lompat jauh lelaki, Andrre Anura @ Anuar yang layak secara merit dalam kategori A, dengan kos ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), akan turut bertanding dalam acara lompat kijang.
Keadaan sama juga bagi atlet lompat kijang wanita, R. Kithana dan beberapa atlet dalam acara lain, katanya.
"Kami sudah menghantar senarai atlet ini kepada MOM untuk kelulusan sebelum tarikh tutup 2 Sept ini," katanya .
Dalam pada itu, Mohd Manshahar berkata pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada atlet 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang disenaraikan dalam Kategori A, memandangkan atlet tersebut masih ragu-ragu mengenai penyertaan dalam Sukan SEA 2019.
Anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary itu, kini mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam Pendidikan Jasmani di Winona State University (WSU), Minnesota, Amerika Syarikat.
"Beliau mengikuti program biasiswa di sana. Bulan November merupakan masa untuk 'conditioning' (penyesuaian) dan tidak berlatih untuk prestasi. Lagipun musim peperiksaan bertembung dengan Sukan SEA. Jadi sukar untuk mendesak beliau," katanya.
Shereen layak ke Sukan SEA selepas mencatatkan 54.32s pada April lalu di Amerika Syarikat.
Sukan SEA Filipina 2019 akan berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019

Khairul Hafiz gagal melepasi had kelayakan 10.43s seperti ditetapkan. - Gambar fail

Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.

Gajah liar serang kebun di empat kampung Pos Belatim
Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
![[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus [KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701204479_RuntuhanGudang.jpg)
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.

Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.

Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam
Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.

CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.

Lebih 300 atlet berpeluang ke Sukan Asia selepas syarat dilonggarkan
Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberikan kelonggaran dalam syarat pemilihan ke Sukan Asia Hangzhou di China.

Bekas Setiausaha Agung MOM dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Sukan
KBS memaklumkan, Beng Choo akan dibantu empat Ahli JPS yang berperanan menyelesaikan pertikaian dengan telus dan profesional.

Tiada istilah 'anak emas' dalam program RTG - Hannah
Semua atlet di bawah program itu menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia.

Kikis model lapuk, pemugaran sukan negara perlu disegerakan
Atlet pelapis adalah bintang yang perlu digilap dan jangan dibiarkan hilang cahayanya. Kegagalan membangunkan pasukan pelapis bakal merugikan sukan negara.

Strok haba: Atlet negara diarah ikut garis panduan KKM
Adam Adli berkata, semua atlet negara termasuk yang terbabit dalam sukan profesional perlu mengikuti garis panduan ditetapkan.

KBS umum 15 atlet Road To Gold
Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan senarai 15 atlet Road To Gold (RTG) pada Jumaat.

Perkampungan atlet di Kemboja siap hujung bulan ini - CDM
Beliau lega penyediaan kemudahan buat atlet Sukan SEA itu berjalan lancar, terutama bagi memastikan fokus mereka tidak terganggu.

Melaka bakal jadi tuan rumah Hari Olimpik Sedunia 2023
Acara tahunan tersebut merupakan antara pengisian menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 bagi memeriahkan temasya sukan terbesar dunia itu.

Kos akses ke infrastruktur sukan akan diturunkan dalam masa terdekat
Atlet mahupun persatuan sukan yang tiada tempat latihan sendiri berdepan masalah menampung kos penggunaan infrastruktur yang tinggi.