awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan

Bernama
Bernama
14/06/2024
00:45 MYT
Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Sarjit Singh berkata skuad hoki kebangsaan akan menentang Belgium pada 1, 3 dan 5 Julai serta Jerman pada 7 dan 9 Julai. - Foto Agensi/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara akan mengadakan Siri Jelajah Eropah dari 1 hingga 14 Julai ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia pada September depan.
Ketua Jurulatih Sarjit Singh berkata Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.
Beliau berkata para pemain kini diberikan rehat setelah pulang dari Poland sebelum menyambung latihan pada 18 Jun ini.
Menurutnya skuad hoki kebangsaan akan menentang Belgium pada 1, 3 dan 5 Julai serta Jerman pada 7 dan 9 Julai.
"Mereka kemudiannya akan ke Amsterdam untuk menentang Belanda pada 12 Julai dan mengakhiri jelajah Eropah dengan perlawanan menentang pasukan pelawat India pada 14 Julai," katanya dalam kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) semalam.
Mengenai prestasi Speedy Tigers dalam Piala Negara-Negara 2024, Sarjit berkata skuadnya perlu meningkatkan prestasi dengan memberikan tumpuan kepada dragflick.
Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Piala Negara-Negara di tempat ketujuh daripada sembilan negara selepas kemenangan 5-4 ke atas Austria di Gniezno, Poland, minggu lepas.
Speedy Tigers menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B selepas seri 4-4 dengan Pakistan, tewas 3-1 kepada Perancis dan menewaskan Kanada 4-2 untuk terlepas peluang ke separuh akhir.
Skuad negara kemudian tewas 4-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan klasifikasi kelima-kelapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Trofi Juara-Juara Asia
#Speedy Tigers
#Sarjit Singh
#Siri Jelajah Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan