awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tigers bersedia 'hangatkan' suasana dingin Hangzhou

Bernama
Bernama
23/09/2023
20:10 MYT
Speedy Tigers bersedia 'hangatkan' suasana dingin Hangzhou
Malaysia selaku skuad di kedudukan nombor 10 dunia dan naib juara edisi terdahulu, dijangka mudah dapat menjinakkan Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pagi Ahad.
HANGZHOU: Selepas menjalani latihan di bawah cuaca panas terik di Kuala Lumpur yang mencecah lebih 33 darjah Celsius, pasukan hoki negara tidak menyangka keadaan cuaca semasa di temasya Sukan Asia di sini, dingin dan hujan dengan suhu sekitar 20 darjah Celsius.
Berdasarkan ramalan awal, suhu dijangka sama dengan Malaysia atau sedikit rendah, tetapi tidak menyangka akan turun sehingga mencecah 20 darjah Celsius sebelum akhir September.
Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara A. Arulselvaraj berkata cuaca sejuk sememangnya sesuai untuk hoki memandangkan ia sukan yang memerlukan daya ketahanan yang sangat kompetitif.
Bagaimanapun, selepas latihan skuad Speedy Tigers di Gongshu Canal Sports Park Stadium di sini, Arulselvaraj bimbang tentang kemungkinan terjadinya genangan air jika terlalu banyak air disiram ke atas padang.
"Cuaca seperti ini sangat baik untuk hoki, tetapi ia agak terlalu basah. Saya rasa jika hujan dan mereka menyiram banyak air, maka padang akan menjadi berat, dan ia boleh menyebabkan berlakunya genangan air.
"Saya akan meminta Pengurus Pasukan (Datuk Mirnawan Nawawi) untuk bercakap dengan pengarah kejohanan. Jika hujan dan tiada sinaran matahari, kita harusnya mengurangkan penggunaan air," katanya kepada Bernama.
Mengenai perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Thailand pagi ini, pemenang anugerah jurulatih lelaki terbaik negara 2022 itu berkata Speedy Tigers telah membuat perancangan mengenai strategi untuk berdepan pasukan ranking ke-54 dunia itu.
Di atas kertas, Malaysia selaku skuad kedudukan nombor 10 dunia dan naib juara edisi terdahulu, dijangka mudah dapat menjinakkan Thailand.
"Biasanya dalam perlawanan pertama mana-mana kejohanan, kegelisahan pasti dirasai. Tetapi saya yakin pemain kita baik-baik saja, menikmatilah suasana perlawanan dan saya harap mereka akan dapat berseronok ketika berdepan dengan pihak lawan dalam kejohanan.
"Kami dapat meramalkan rentak permainan Thailand dan kami telah merancang strategi untuk menanganinya. Semestinya satu gol dijaringkan pada satu-satu masa.
"Meskipun kami dijangka dapat menewaskan Thailand, namun saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain untuk terus menjaringkan gol, apapun keputusan akhir (kemenangan) adalah penting," katanya
Selepas berdepan Thailand, Speedy Tigers akan menentang Oman pada 26 Sept, diikuti Indonesia pada 28 Sept, Korea Selatan (30 Sept) dan tuan rumah China (2 Okt) untuk melengkapkan peringkat kumpulan, dengan dua pasukan teratas akan ke peringkat separuh akhir kumpulan.
Pada Sukan Jakarta-Palembang 2018, Malaysia menjadi pasukan pilihan pada perlawanan akhir menentang Jepun, tetapi terlepas pingat emas selepas tewas 1-3 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 6-6.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Speedy Tigers
#Sukan Asia Hangzhou
#cuaca sejuk
#A Arulselvaraj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan