KUALA LUMPUR: Selepas tewas pada aksi sulung, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain bangkit mengutip tiga mata dalam perlawanan menentang Chile bagi meneruskan cabaran kempen Piala Dunia 2023 yang sedang berlangsung di Rourkela, India.
Penjaga gol negara Muhammad Hafizuddin Othman berkata untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan berprestij itu, Malaysia perlu menundukkan Chile apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi kedua Kumpulan C di Stadium Birsa Munda, hari ini.
"Walaupun mereka (Chile) tewas 3-1 di tangan New Zealand, kita tak boleh memandang ringan terhadap (keupayaan) mereka. Kita akan terus berikan aksi terbaik untuk perlawanan esok (Isnin).
"Untuk diri saya, saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok dan juga rakan sepasukan akan memberi yang terbaik kerana kemenangan esok penting untuk pasukan," katanya menerusi klip audio yang dikongsikan kepada media tempatan di sini, semalam.
Pada masa sama, Muhammad Hafizuddin turut mengharapkan doa dan sokongan rakyat Malaysia bagi membangkitkan semangat barisan pemain negara pada perlawanan hari ini.
Pada aksi pembukaan Kumpulan C Sabtu, Malaysia di bawah bimbingan A. Arul Selvaraj terpaksa akur dengan kekuatan juara tiga kali Belanda apabila tewas 4-0 di Stadium Birsa Munda sementara New Zealand turut mengutip tiga mata selepas mengatasi Chile 3-1.
Belanda kini menerajui carta kumpulan berkongsi tiga mata bersama New Zealand (kedua), manakala Chile (ketiga) dan Malaysia terakhir tanpa sebarang mata.
Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.
Penyertaan di India menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

MUHAMMAD HAFIZUDDIN: Untuk diri saya, saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok dan juga rakan sepasukan akan memberi yang terbaik kerana kemenangan esok penting untuk pasukan. - Facebook Malaysian Hockey Confederation

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Kontroversi rumah tangga: 'Biar mahkamah saja tentukan' - Farid Kamil
Begitu reaksi ringkas suami Diana Danielle, Farid Kamil ketika ditanya mengenai tindakan isterinya yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pada Isnin.
![[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji [TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014820/24024316101679303569652_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Piala TNB: THT, TNB buat perhitungan di final
Pasukan Hoki Terengganu unggul menempah slot final Piala TNB 2023 setelah mencatat kemenangan agregat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT.

Hoki: THT belasah UiTM HA-KPT 5-1
Anak buah Seo Jongho bermula garang memecahkan kebuntuan seawal minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Ismail Abu.

THT terus ungguli tangga teratas carta MHL, tewaskan Maybank 3-2
Juara berganda musim lepas Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus mengungguli tangga teratas Liga Hoki Malaysia (MHL) apabila menewaskan Maybank 3-2 pada aksi MHL pada Sabtu.

MHC lantik Nishel Kumar sebagai CEO baharu
Nishel diberikan tanggungjawab melancarkan penganjuran Piala Dunia Remaja 2023 bermula 5-16 Dis ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

THT berpesta gol, benam TNB Thunderbolts 8-1
THT menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil, Shello Silverius, Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Fitri Saari.

KHM tidak akan rayu, Hanis perlu lalui penggantungan - Subahan
Subahan berkata, pemain profesional itu perlu melalui penggantungan tersebut sebagai proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.

LHM: THT, Maybank teruskan momentum kemenangan
Aksi di Stadium Hoki Bertam menyaksikan pasukan juara Piala Sumbangsih, THT, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nurinsafi 7-1.

Kuhan mahu analisis kadar tolakan bola semua pasukan negara
Katanya, analisis itu juga bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta "flicker" untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.

Komen berbaur perkauman: Hanis Nadiah reda keputusan penggantungan
Hanis Nadiah Onn menerima keputusan penggantungan untuk mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini dengan hati terbuka.

Hannah minta MSN siasat dakwaan komen pemain hoki wanita berbaur perkauman
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menjalankan siasatan berhubung komen seorang pemain hoki wanita negara yang didakwa berbaur perkauman.