KUALA LUMPUR: Skuad senior hoki lelaki kebangsaan melunaskan misi balas dendam ke atas Ireland apabila mencatat kemenangan 4-2 dalam perlawanan ujian kedua berlangsung di Kelab Hoki Lisnagarvey, Ireland Utara, semalam.
Malaysia tewas tipis 3-2 dalam perlawanan ujian pertama menentang pasukan sama, yang merupakan sebahagian daripada Siri Jelajah United Kingdom 2021 diharungi skuad 'Speedy Tigers' itu sejak 26 September lepas.
Pada perlawanan semalam, Muhammad Razie Abd Rahim muncul wira apabila menyumbat dua gol buat negara menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11 dan ke-12.
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menambah jaringan ketiga buat kem negara menerusi gerakan padang pada minit ke-15, sebelum Muhammad Najib Abu Hassan melengkapkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-22 juga menerusi jaringan padang.
Bagaimanapun, skuad bimbingan A. Arulselvaraj itu terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal Ireland pada minit ketiga menerusi gol padang Jeremy Duncan sebelum skuad negara bangkit menutup kelebihan gol pasukan lawan itu.
Dua minit sebelum perlawanan berakhir, Ireland menambah satu lagi gol berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan Luke Madeley dan keputusan kekal sehingga perlawanan berakhir.
Sementara itu, Arulselvaraj ternyata bangga dengan anak didiknya yang mengambil ikhtibar daripada kekalahan pada aksi pertama untuk lebih bersedia mencari kemenangan dalam aksi kedua bertemu Ireland.
"Satu persembahan yang betul-betul memberangsangkan dan positif untuk mereka bangkit daripada kekalahan semalam. Kami mendapat tiga kelebihan pukulan sudut penalti dan Razie Rahim berjaya menjaringkan dua daripadanya sementara Ireland dihadiahkan dengan lebih banyak pukulan sudut penalti berbanding kami.
"Jaringan gol padang menerusi Azrai Aizad dan Najib Hassan juga menandakan ramai pemain kami yang boleh menjaringkan gol padang," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia hari ini.
Ketua pasukan Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata mereka turun dengan keyakinan cukup tinggi dan berusaha sehabis baik bagi memastikan kemenangan milik skuad 'Speedy Tigers' semalam, selain berharap agar rakan sepasukannya mengekalkan momentum kemenangan bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang Wales.
Perlawanan menentang Wales yang merupakan aksi ketiga bagi perlawanan ujian serta ketujuh secara keseluruhan di United Kingdom, akan berlangsung pada Sabtu ini pukul 11.30 malam waktu Malaysia di Pusat Hoki Wales.
Dalam pada itu, skuad remaja lelaki kebangsaan yang turut berada di United Kingdom tewas 0-2 kepada pasukan bawah 21 England di Bisham Abbey semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Pada perlawanan semalam, Muhammad Razie Abd Rahim muncul wira apabila menyumbat dua gol buat negara menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11 dan ke-12. - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tiger.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.
Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.
Speedy Tigers kelima terbaik di kelayakan Olimpik
Speedy Tigers terikat tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-18 dunia di Stadium Oman, Muscat.
Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj
Ketumpulan penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat.