awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium baharu mampu meletakkan KDA FC sebaris JDT - Sanusi

Bernama
Bernama
12/02/2022
14:59 MYT
Stadium baharu mampu meletakkan KDA FC sebaris JDT - Sanusi
Presidennya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata stadium berkenaan yang akan dibina di Sungai Petani itu, bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan akan menjadi pusat latihan pemain. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kedah Darul Aman (KDA) FC optimis usaha untuk membina sebuah stadium baharu buat pemain sekali gus mampu meletakkan mereka sebaris dengan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Presidennya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata stadium berkenaan yang akan dibina di Sungai Petani itu, bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan akan menjadi pusat latihan pemain.
Beliau turut yakin pasukan KDA FC yang menerima sentuhan baharu daripada penaung Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, akan menambah kejayaan buat pasukan.
"Pasukan kita menerima sentuhan-sentuhan baharu, kerjasama daripada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang kita lantik telah membina jaringan yang baik.
"Kita sedang sediakan satu kawasan di Sungai Petani untuk bina satu stadium baharu untuk pusat latihan dan kemudahan pasukan. Saya yakin usaha yang sedang kita lakukan ini suatu hari nanti, kita akan menyamai JDT...walaupun tidak dapat menewaskan lagi, seri (sama kedudukan) pun ok," katanya pada sidang media selepas Majlis Sarapan Silaturahim Jentera Pilihan raya PN Parlimen Pulai di sini, hari ini.
SUKAN-SANUSI (STADIUM) 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Menteri Besar Kedah itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu mengenai KDA FC.
KDA FC menerusi laman web rasmi mereka memuat naik satu dokumen 'Club Prospectus 2022,' yang menyatakan bahawa kelab itu mempunyai projek masa hadapan bagi membina sebuah stadium baharu bernilai RM70 juta.
Selain stadium berkenaan, sebuah tempat latihan juga akan dibina dengan melibatkan kos RM20 juta.
Beliau berharap agar pembinaan stadium berkenaan dapat dimulakan pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDA FC
#Kedah Darul Aman
#Muhammad Sanusi Md Nor
#JDT
#Stadium baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan