awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu, ceria

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2023
05:31 MYT
Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu, ceria
Fadzli (tengah) bersama Izad ketika meninjau kerja-kerja mengecat di luar Stadium Darul Makmur. - Facebook Fadzli Kamal
KUANTAN: Peminat sukan di negeri khususnya bola sepak bakal melihat wajah baharu yang lebih ceria di Stadium Darul Makmur (SDM) susulan kerja-kerja naik taraf di stadium itu sejak bulan lepas.
Proses naik taraf itu melibatkan kerja-kerja mengecat bangunan luar SDM serta kerja membaik pulih 11 set tandas di stadium tersebut melibatkan kos bernilai RM1.3 juta.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal memberitahu, kerja-kerja mengecat bangunan luar stadium itu sudah mencapai tahap 60 peratus dan dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi.
"Insya-ALLAH kita bakal menyaksikan wajah baharu stadium kebanggaan negeri Pahang ini tidak lama lagi.
"Untuk tandas pula, satu set telah siap dibaik pulih dan dalam masa terdekat ini, kesemua tandas dan surau di Stadium Darul Makmur akan mengalami proses sama," kata beliau.
Sebelum ini, beliau telah meninjau proses tersebut pada Selasa bersama Pengurus Perbadanan SDM, Izad Zainal Muhammad Safian baru-baru ini.
"Kerajaan negeri Pahang amat menitik beratkan usaha menambah baik kemudahan dan infrastruktur di Stadium Darul Makmur. Selepas ini, banyak lagi inisiatif yang akan dilakukan. Insya-ALLAH.
View this post on Instagram
A post shared by Fadzli Mohamad Kamal (@fadzlikamal_)
"Kita juga terbuka dan mengalu-alukan sebarang teguran membina daripada orang ramai untuk menambah baik fasiliti di stadium ini," tambah beliau lagi.
SDM yang mula dibuka pada 1973 mampu memuatkan kapasiti maksimum hingga 30,000 orang turut menawarkan kemudahan trek olahraga dan balapan di dalam stadium tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Stadium Darul Makmur
#Fadzli Mohamad Kamal
#baik pulih tandas
#kerja-kerja mengecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan