KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan bagi perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 10 Sept ini, demikian menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
MFL, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu susulan permohonan untuk menggunakan Stadium Nasional mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini selepas MFL bersama pihak pengurusan TFC dan JDT membuat pemeriksaan teliti terhadap keadaan padang bagi final edisi ke-32 itu.
Ketua Pegawai Eksekutif, MFL, Stuart Ramalingam, berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan PSM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan padang dan dimaklumkan Stadium Nasional bersedia menjadi venue final Piala FA.
"Antara elemen yang menjadi perhatian MFL adalah keadaan padang Stadium Nasional dan kami mendapat jaminan daripada PSM bahawa mereka komited dan akan memastikan penjagaan padang di tahap terbaik menjelang aksi kemuncak itu nanti.
"Buat masa ini, Stadium Nasional satu-satunya stadium yang mampu memuatkan 80,000 penyokong dalam satu-satu masa dan selamat digunakan. Ini amat penting kerana kita tahu permintaan penyokong kedua-dua pasukan amat tinggi untuk menyaksikan final di stadium," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi, dalam kenyataan sama, mengalu-alukan kerjasama bersama MFL bagi penganjuran final Piala FA itu selain menyifatkan ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi jenama Stadium Nasional sebagai hub sukan terbaik negara.
"Dalam memastikan kelancaran penganjuran final Piala FA itu, sudah pasti pihak PSM akan mengambil langkah-langkah tertentu dalam memastikan fasilitii di stadium di tahap terbaik termasuk juga keadaan padang.
"Sejak penganjuran pusingan kelayakan Piala Asia Jun lalu, padang Stadium Nasional sudah tidak digunakan untuk sebarang aktiviti bola sepak dan dalam masa ke semasa kita akan menjalankan kerja-kerja penjagaan padang menjelang perlawanan akhir itu nanti," katanya.
Mengikut perancangan awal, MFL ingin menganjurkan final Piala FA pada 27 Ogos ini, namun penglibatan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 menyaksikan perubahan tarikh terpaksa dilakukan.
Berikutan tarikh final Piala FA ditetapkan pada 10 Sept, MFL terpaksa mengemaskini semula jadual Liga Super dan Liga Premier musim ini.
Mengenai penjualan tiket final Piala FA, MFL akan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan TFC dan JDT terlebih dahulu sebelum hebahan dilakukan dalam waktu terdekat.
Sebagai rekod, saingan Piala FA kembali mewarnai kancah Liga-M sejak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan edisi 2020 terpaksa dibatalkan sebelum tidak dianjurkan pada musim 2021 dengan Kedah pasukan terakhir bergelar juara pada edisi 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
MFL dimaklumkan Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia menjadi venue final Piala FA. - Gambar/ Bernama
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak terima Program Siswa Sulung
Program Siswa Sulung tidak terhad kepada pelajar daripada keluarga B40 sahaja, sebaliknya golongan M40 yang kurang berkemampuan juga boleh menerima manfaat program itu, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Malaysia kekal hubungan baik dengan Barat dan Timur - PM
Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk mengekalkan hubungan baik dan bebas dengan negara-negara Barat dan Timur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, Malaysia tetap konsisten dalam isu-isu kemanusiaan dan keadilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, Malaysia tetap konsisten dalam isu-isu kemanusiaan dan keadilan.
“Kita perlu belajar tentang dunia dalam talian ini” - YB Kluang
Ahli Parlimen Kluang mencadangkan ahli Dewan Rakyat untuk belajar tentang dunia dalam talian supaya dapat mengubal akta rang undang-undang yang sesuai.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC semalam.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1
Johor Darul Tazim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Ogos 2024.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.