SHAH ALAM: Pameran dan sesi libat urus awam berkaitan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), di SACC Mall di sini bermula hari ini sehingga 10 Feb hadapan dari 10 pagi hingga ke 10 malam.
Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sesi selama 16 hari itu, bertujuan berkongsi maklumat berhubung cadangan projek pembangunan KSSA yang baharu dan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pelan cadangan yang dikemukakan.
"Di sepanjang sesi ini, orang ramai berpeluang untuk melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi dan model konsep projek pembangunan berkenaan.
"Pengunjung boleh menilai dan berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR yang disediakan pihak MBI Selangor," menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu memaklumkan pelan cadangan Projek Pembangunan KSSA yang berkeluasan 188 ekar itu nanti bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia, yang merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan.
"Baki 40 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan merupakan taman rekreasi dan ruang komersial, yang diaspirasikan untuk menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor.
"Sesi libat urus awam ini merupakan inisiatif Kerajaan Selangor yang bertujuan memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen yang berterusan kerajaan negeri ke arah pentadbiran yang cekap, serta berpaksikan kepentingan masyarakat umum," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan sesi itu merupakan inisiatif tambahan secara sukarela oleh kerajaan Selangor dan MBI Selangor, dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai pelan perancangan KSSA.
Mengulas lanjut, maklum balas dan cadangan awam yang relevan akan dimasukkan ke dalam pelan pembangunan KSSA, selaras dengan aspirasi kerajaan dan MBI Selangor yang peka kepada keperluan orang ramai.
Pada 15 Julai lepas, kerajaan Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya, dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Pada 15 Julai lepas, kerajaan Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya. - Fail BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.
Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025
Pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta
Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.
Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.
Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar
Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.
Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Tiga pemeriksaan telah dilakukan pihak MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.
Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.
Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.
'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.
5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB
Dataran MBJB berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.