JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat sejarah baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion yang pertama di Malaysia.
Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan acara itu melibatkan perlumbaan sejauh lima kilometer dengan 20 rintangan, dan akan berlangsung pada 3 dan 4 Sept depan.
Menurut kenyataan itu, pemilihan stadium ikonik yang mendapat anugerah "Stadium of the Year" oleh StadiumDB.com membuktikan kemampuan JDT dalam menarik minat dan kolaborasi dengan pelbagai lagi jenama antarabangsa.
Sebelum ini, beberapa jenama antarabangsa sudah menjalin kerjasama dengan kelab berkenaan, termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Nike, Hublot, Swag Electric Vehicle dan Subway.
"Kerjasama dengan jenama antarabangsa memperluaskan lagi nilai dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global dan ini menjana pendapatan diperoleh melalui penajaan kerana semakin besar jenama JDT, semakin besar pulangan pelaburan bagi penaja," menurut kenyataan itu.
Selain itu, JDT juga percaya bahawa acara Spartan Stadion itu akan memperkukuhkan lokasi Stadium Sultan Ibrahim di peta dunia memandangkan ia dijangka menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara.
Spartan Stadion merupakan satu daripada sembilan acara sukan dianjurkan oleh Spartan Race - sebuah platfrom sukan ekstrem yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2007 sebelum berkembang ke lebih 30 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021

JDT percaya bahawa acara Spartan Stadion itu akan memperkukuhkan lokasi Stadium Sultan Ibrahim di peta dunia memandangkan ia dijangka menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara. - fotoBERNAMA

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih
JDT mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town.

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

JDT perlu pamer aksi terbaik berdepan Penang FC - Solari
JDT perlu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad bagi menjamin slot ke separuh akhir musim ini.

JDT tiada tandingan, Selangor tewaskan KDA FC
Kemenangan kali ke-12 berturut-turut oleh pasukan kendalian Solari Esteban Andres itu, menguatkan lagi cengkaman Harimau Selatan sebagai pendahulu liga.

Liga Super: JDT tewaskan Kuching 4-0, Kedah pesta gol di Darul Aman
Kemenangan yang diraih pasukan kendalian Esteban Solari itu, merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut musim ini.

JDT sambar Muhammad Aqil
JDT umum menandatangani pemain muda berbakat dari Terengganu, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi.

JDT kumpul 43 gol selepas 10 perlawanan
Kelantan United umpama mujur gawang mereka tidak diratah dengan lebih teruk ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) merakamkan kemenangan 6-0, sebentar tadi.

Persib Bandung kunci mulut status Safawi
Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.

TMJ titah semua padang JDT dinaik taraf
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.