awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal

Bernama
Bernama
20/02/2025
01:40 MYT
Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tidak mempunyai halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim (gambar) sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan ACL Elite musim ini. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di laman sendiri apabila aksi pertama Kumpulan F bertemu Nepal dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor pada 25 Mac ini.
Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul selepas menerima permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan perlawanan di stadium ikonik milik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
Beliau berkata, AFC tidak mempunyai halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
"Pilihan mana nak main itu tertakluk kepada FAM, jadi FAM telah pilih Johor dan kita tiada masalah dengan stadium Johor (Stadium Sultan Ibrahim) kerana di sana ada semua kelengkapan yang diperlukan untuk pertandingan ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berdasarkan laman web rasmi AFC https://www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup/fixtures__standings.html Malaysia terlebih dahulu akan menentang Nepal di tempat sendiri sebelum bermain di gelanggang lawan pada November depan.
Sebelum ini, Windsor dipetik sebagai berkata, perlawanan antara Nepal dan Malaysia yang sepatutnya berlangsung di Nepal, akan diadakan di Malaysia, namun lokasi spesifiknya belum diumumkan.
Venue perlawanan asal, katanya, terpaksa diubah kerana Stadium Dasharath menjalani penambahbaikan sekali gus enggan mengambil risiko.
Bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 dari 25 Mac ini hingga 31 Mac tahun depan, Malaysia yang dibimbing Peter Cklamovski diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos dengan hanya juara kumpulan layak ke kejohanan yang dijadual berlangsung di Arab Saudi.
Harimau Malaya buka kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim. @ASTROARENA pic.twitter.com/b4xt7oHCPl
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 19, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Stadium Sultan Ibrahim
#Nepal
#harimau Malaya
#Kelayakan Piala Asia 2027
#Windsor Paul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan