awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhaimi Mat Hassan Pengadil Terbaik 2017

Bernama
Bernama
21/12/2017
16:38 MYT
Suhaimi Mat Hassan Pengadil Terbaik 2017
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) menyampaikan trofi Anugerah Pengadil Terbaik 2017 kepada Suhaimi Mat Hassan pada Majlis Makan Malam Pengadil FAM 2017 di Petaling Jaya, malam tadi. - Foto BERNAMA
Pengadil kebangsaan, Suhaimi Mat Hassan dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik 2017 pada Majlis Makan Malam Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, malam tadi.
Pengadil berusia 41 tahun dari Kelantan itu menyifatkan segala usaha dan penat lelahnya selama berbakti dalam dunia bola sepak sebagai pengadil berbaloi.
Beliau berkata, pengiktirafan tersebut membakar semangatnya untuk lebih berusaha bagi meningkatkan mutu pengadilan, seterusnya berharap ia akan menyumbang kepada usaha FAM dalam mengangkat martabat bola sepak negara.
"Ini adalah hari terbaik dan bersejarah dalam hidup saya dan saya sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai Pengadil Terbaik 2017. Saya bersyukur kerana usaha saya selama ini dan sepanjang 2017 akhirnya membuahkan hasil.
"Saya akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu pengadilan serta belajar kerana proses pembelajaran dalam bidang pengadilan tidak akan berakhir. Saya berazam untuk terus menunjukkan prestasi terbaik," katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, pengadil dari Perak, Mohamad Faizudin Ismail dipilih sebagai Pengadil Lelaki Berpotensi 2017 sementara anugerah Pengadil Wanita Berpotensi 2017 dimenangi Nurul Ain Izzaty Zainal dari Negeri Sembilan.
Majlis makan malam itu adalah bagi meraikan warga pengadil FAM melibatkan pengadil, penilai pengadil serta bekas pengadil, penilai pengadil dan pemimpin pengadil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Mohamad Faizudin Ismail
#Nurul Ain Izzaty Zainal
#Pengadil Terbaik 2017
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Suhaimi Mat Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan