awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan karate tidak pernah menghampakan negara - SAM

Bernama
Bernama
16/03/2015
08:00 MYT
Sukan karate tidak pernah menghampakan negara - SAM
Faktor kepimpinan, kejayaan diraih dan kegigihan mempertingkatkan mutu sukan karate membolehkan Persekutuan Karate Malaysia diiktiraf. - Gambar Fail
Faktor kredibiliti kepimpinan, kejayaan yang diraih dan kegigihan mempertingkatkan mutu sukan karate membolehkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik pada Majlis Anugerah Sukan Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2014 pada Rabu ini.
"Apabila memperkatakan tentang Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), komuniti sukan dan masyarakat umum tahu bahawa mereka tidak pernah menghampakan negara dalam meraih kejayaan dalam mana-mana kejohanan atau temasya sukan," kata SAM dalam satu kenyataan, hari ini.
MAKAF telah dibentuk dengan menggabungkan pelbagai kelab di bawah satu payung pada 1978. Penubuhannya diiktiraf Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai badan induk sukan karate di Malaysia.
Sejak kepimpinan terdahulu, seperti Dr Leong Kwok Onn, Datuk Tan Tiong Hong, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Datuk Henry Chin, Datuk Zulkifli Mat Nor sehingga pemimpin sekarang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, MAKAF terus melebarkan sayapnya.
Antara kejayaan yang dicapai skuad karate negara ialah membawa pulang dua pingat emas dan dua pingat gangsa pada temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September tahun lepas.
Pingat emas dihasilkan menerusi Lim Chee Wei dan Syakilla Salni dan dua gangsa melalui Shree Sharmini dan Senthil Kumaran.
Selain itu, pada Kejohanan Karate Senior Dunia ke-22 di Bremen, Jerman pada 5-9 Nov lepas, skuad karate berjaya meraih satu perak dan satu gangsa.
Sementara penyertaan dalam temasya Sukan SEA, skuad karate tidak pernah pulang hampa sebaliknya seperti lubuk pingat emas buat kontinjen negara.
Bermula dengan edisi di Brunei Darussalam pada 1999, Malaysia berjaya meraih tujuh pingat emas, lima perak dan empat gangsa dan kejayaan terbesar dalam Sukan SEA ialah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001 iaitu dengan sembilan pingat emas, tiga perak dan enam gangsa.
Pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar, skuad karate membawa pulang tujuh pingat emas, tiga perak dan lima gangsa.
Selain atletnya meraih kejayaan dalam mana-mana kejohanan baik di rantau Asia mahupun peringkat dunia, MAKAF turut mempamerkan kreadibilitinya dalam menganjurkan siri seminar dan klinik kejurulatihan peringkat kebangsaan dan juga serantau.
Topic Berkaitan
#karate
#Majlis Sukan Negara
#MSN
#persatuan penulis sukan malaysia
#SAM
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan