KUALA LUMPUR: Juara bertahan India sekali lagi akan menjadi ancaman terbesar Malaysia bagi acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom, bulan depan.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata, skuad kebangsaan yang merupakan pemenang pingat perak pada edisi Gold Coast 2018, pastinya akan bekerja keras bagi merampas emas dari India yang menjadi pilihan utama mengungguli acara tersebut dalam temasya empat tahun sekali itu.
"BAM merancang untuk menghantar skuad terbaik pada Sukan Komanwel di Birmingham," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Di atas kertas, India kelihatan lebih kuat pada ketika ini memandangkan mereka boleh menyandarkan harapan kepada pemain lelaki seperti Lakshya Sen selain beregu utama Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty bagi membantu mereka untuk mempertahankan pingat emas.
Kesemua pemain tersebut telah membantu India mencipta sejarah menjulang Piala Thomas buat julung kali di Bangkok, Mei lepas.
India juga boleh bergantung harap kepada pemain wanita utama mereka Pusarla V. Sindhu yang ketika ini menduduki ranking ketujuh dunia, jika ia memutuskan untuk menyenaraikan pemain itu dalam temasya tersebut.
Walaupun BAM belum mengumumkan skuad terakhirnya, menilai daripada hasrat Rexy yang mahu menghantar hanya pemain terbaik ke Birmingham, Malaysia perlu membariskan perseorangan lelaki utama Lee Zii Jia, pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita nombor 10 dunia Pearly Tan-M. Thinaah bagi menguatkan cabaran di Birmingham.
Pasukan kebangsaan telah memenangi emas sejak edisi 2006 di Melbourne sehingga India muncul sebagai juara baharu di Gold Coast 2018.
Di Birmigham, Malaysia diundi menentang Afrika Selatan, Jamaica dan Zambia dalam Kumpulan 4, manakala India dalam Kumpulan 1 bersama Australia dan Sri Lanka.
Skuad tuan rumah, England berdepan Singapura, Mauritius dan Barbados dalam Kumpulan 2, manakala Kumpulan 3 terdiri daripada Kanada, Scotland, Maldives dan Uganda.
Sukan Komanwel 2022 dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022
Rexy berkata, BAM merancang untuk menghantar skuad terbaik pada Sukan Komanwel di Birmingham. - Sinar Harian
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.