awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: PM ucap tahniah Mohamad Aniq, Muhamad Aznil sumbang emas pertama, kedua negara

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2022
14:15 MYT
Sukan Komanwel: PM ucap tahniah Mohamad Aniq, Muhamad Aznil sumbang emas pertama, kedua negara
Mohamad Aniq, 20, menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas dalam kategori 55kg lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg. - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin masing-masing atas kejayaan menyumbangkan pingat emas pertama dan kedua buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.
"Alhamdulillah, pingat emas pertama untuk kontinjen negara di Sukan Komanwel 2022! Tahniah Mohamad Aniq Kasdan yang cemerlang dengan angkatan keseluruhan 249 kilogram (kg) bagi memberi pingat pertama negara.
"Lebih manis, pencapaian Aniq ini merupakan rekod kejohanan yang baru serta penampilan pertama beliau di kejohanan terbesar dunia.
"Tahniah juga kepada Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mengekalkan pingat emas yang beliau menangi pada edisi 2018.
"Beliau juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang baru dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.
"Ayuh kekalkan momentum ini dan terus berjuang!," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ismail Sabri turut berharap atlet Malaysia akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara.
Terdahulu, Mohamad Aniq, 20, menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas dalam kategori 55kg lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.
Skuad angkat berat negara terus mencipta sensasi apabila menyumbangkan pingat emas kedua kepada Malaysia, melalui Muhamad Aznil, yang melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285 kg dalam kategori 61kg lelaki, sekali gus mencatat rekod baharu temasya.
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel
#angkat berat
#pingat emas
#mohamad aniq kasdan
#Muhamad Aznil Bidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan