awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik: Erry sasar perbaiki ranking dunia sukan angkat berat

Bernama
Bernama
05/11/2022
09:45 MYT
Sukan Olimpik: Erry sasar perbaiki ranking dunia sukan angkat berat
Berdasarkan prestasi, Erry yakin boleh dapat capai sasaran ranking ke-12, namun untuk meraih kedudukan lima teratas di Olimpik agak sedikit sukar. - Instagram Erry Hidayat
KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat mempunyai misi menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik dunia sekali gus memperoleh slot beraksi di Sukan Olimpik Paris, 2024.
Badang berusia 23 tahun itu berkata beberapa kejohanan dunia yang juga pentas kutipan mata ranking kelayakan temasya berprestij itu akan disertai bermula dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia di Colombia pada Disember ini bagi merealisasikan sasarannya itu.
"Sasaran saya untuk dapat ranking 12 dunia paling minimum untuk layak ke sana (Sukan Olimpik). Sekarang ini, saya berada di rangking 16 dunia.
Ditanya sama ada jumlah angkatan dilakukan pada temasya Sukan SEA Hanoi, Mei tahun lepas mampu melayakkan dirinya bersaing di pentas Olimpik, beliau optimis dapat memberikan saingan kepada pencabar lain.
"Berdasarkan prestasi, saya yakin boleh dapat capai sasaran ranking ke-12, namun untuk meraih kedudukan lima teratas di Olimpik sedikit sukar kerana atlet yang berada di ranking pertama dunia pun mempunyai rekod angkatan melebihi 199kg," katanya.
Anak kepada legenda angkat berat negara, Muhammad Hidayat Hamidon itu pernah mengharumkan nama negara sebelum ini selepas menghadiahkan pingat perak dalam kategori 73kg di temasya Sukan Komanwel, Birmingham 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#erry hidayat
#angkat berat
#ranking dunia
#Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan