KUALA LUMPUR: Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah apabila menjadi ekuin pertama Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik apabila mendapat tawaran Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) untuk bertanding di Jepun, bulan depan.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa ekuin negara lain menarik diri menjelang 50 hari lagi temasya di Tokyo.
Namun realitinya, menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, Qabil sudah menjual kudanya, Qalisya, dan hampir menjual kuda simpanan untuk kategori dressage yang digelar 'The Last Show'.
"Berikutan tiada notis, pada awalnya saya ingin menjualnya juga tetapi kerana pandemik ketika ini, saya simpan dulu.
"Jadi ini tentunya satu rahmat.
"Last Show pernah menyertai beberapa pertandingan. Tetapi dalam kesuntukkan masa ini, keadaannya perlu baik dan begitu juga saya.
"Saya baru diberitahu jadi banyak persiapan yang perlu dibuat," katanya.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memastikan Qabil dan kudanya diberi vaksin pandemik berkenaan dengan secepat mungkin.
BACA: Qabil Ambak lakar sejarah sebagai atlet ekuestrian Malaysia pertama bertanding di Olimpik
Langkah itu penting sebelum menghantar kedua-duanya menghadapi ujian kecergasan yang ditetapkan FEI tetapi dalam masa yang sama, dia kini berada di Singapura sementara kudanya di Denmark.
Dia berdepan kekangan masa untuk kembali menunggangnya selain memerlukan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dalam masa dua minggu ini.
"Ia satu cabaran, tidak mustahil tetapi rumit berikutan situasi semasa yang mendorong sekatan perjalanan dan pandemik.
"Agak sukar selain saya perlu meminta kebenaran ke Denmark, ia akan mengambil masa.
"Jadi ini satu berita yang agak menggembirakan sebenarnya (bantuan daripada MOM)."
Astro Arena
Fri Jun 04 2021
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memastikan Qabil dan kudanya diberi vaksin pandemik COVID-19 dengan secepat mungkin.- Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Qabil Ambak terlepas peluang ke Sukan Olimpik Tokyo
Penunggang berusia 41 tahun itu memungut markah 64 peratus, kurang dua peratus untuk mencipta sejarah selaku atlet pertama ekuestrian negara menyertai temasya sukan antarabangsa itu.
Qabil Ambak telah divaksinasi, berlepas ke Denmark hari ini
Atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil akan berlepas ke Aaarhus, Denmark dari Singapura pagi Khamis.
Sukan Olimpik Tokyo: Hikmah Qabil Ambak tangguh jual kuda
Realitinya Qabil sudah menjual kudanya, Qalisya, dan hampir menjual kuda simpanan untuk kategori dressage yang digelar 'The Last Show'.
Qabil Ambak lakar sejarah sebagai atlet ekuestrian Malaysia pertama bertanding di Olimpik
Mohd Qabil Ambak Muhamad Fathil melakar sejarah baharu apabila tampil sebagai atlet ekuestrian Malaysia yang pertama bertanding di Olimpik.
Qabil Ambak umpama Roger Federer! - Wan Zaleha
Menurut Wan Zaleha, bukan mudah untuk menjadi penunggang terkemuka seperti Qabil Ambak.
Sukan Asia 2018: Qabil Ambak raih perak
Jaguh ekuestrian negara Qabil Ambak raih pingat perak dalam acara dressage di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.