awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Para ASEAN: Radiah sumbang emas pertama buat skuad olahraga negara

Astro Arena
Astro Arena
18/09/2017
09:08 MYT
Sukan Para ASEAN: Radiah sumbang emas pertama buat skuad olahraga negara
Siti Noor Radiah (gambar) mengatasi rakan senegara, Nani Shahiera, yang memenangi perak dengan catatan 4.78m, manakala Tiwa dari Indonesia memperoleh pingat gangsa selepas melakukan lompatan sejauh 4.66m. -fotoBERNAMA
SITI Noor Radiah Ismail menghadiahkan emas pertama buat skuad olahraga negara selepas mengungguli acara lompat jauh wanita T20 dalam Sukan Para ASEAN 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Atlet berusia 23 tahun itu melakukan lompatan sejauh 4.99 meter untuk menebus kekecewaan pingat perak dalam temasya di Singapura, dua tahun lalu.
Dia mengatasi rakan senegara, Nani Shahiera, yang memenangi perak dengan catatan 4.78m, manakala Tiwa dari Indonesia memperoleh pingat gangsa selepas melakukan lompatan sejauh 4.66m.
Seorang lagi atlet negara, Nur Alia Ardiela, sekadar berada di tangga keempat dengan lompatan sejauh 4.48m.
Di Singapura, Radiah meraih perak dalam acara itu selepas gagal mengatasi peserta Indonesia, Rica Oktavia.
Dalam acara 100m wanita T13, pelari negara, Felicia Mikat, memenangi pingat gangsa selepas meraih 14.12s.
Dia ditinggalkan dua peserta Indonesia, Putri Aulia (12.66s) dan Ni Made Arianti Pu (13.04s), yang masing-masing menggondol pingat emas dan perak.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#atlet para
#emas
#Kuala Lumpur
#lompat jauh
#Siti Noor Radiah Ismail
#Sukan Para ASEAN 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan