awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Para Asia: Muhamad Nurdin sumbang pingat terakhir kontinjen

Bernama
Bernama
28/10/2023
04:45 MYT
Sukan Para Asia: Muhamad Nurdin sumbang pingat terakhir kontinjen
Muhamad Nurdin menamatkan saingan pada kedudukan ketiga dengan catatan empat minit dan 19.95 saat (s) pada aksi berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong. - Foto Bernama
HANGZHOU: Kontinjen negara mengakhiri temasya Sukan Para Asia (APG) 2022 dengan menambah satu kilauan pingat gangsa menerusi atlet olahraga Muhamad Nurdin Ibrahim dalam acara 1500 meter (m) lelaki T20 (kecacatan fizikal) hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu merupakan atlet terakhir negara beraksi di APG, menceriakan kem Malaysia apabila menamatkan saingan pada kedudukan ketiga dengan catatan empat minit dan 19.95 saat (s) pada aksi berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong, sekali gus menyumbang pingat ke-39 kontinjen secara keseluruhan.
"Alhamdulillah dengan kejayaan pingat ini. Ini merupakan penampilan pertama saya di APG di sini dan tak sangka boleh dapat pingat.
"Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa khususnya serta jurulatih yang banyak memberi sokongan dan semangat selama ini," katanya kepada Bernama.
Pingat emas dan perak masing-masing diraih wakil Jepun Kenta Okawachi (4:05.12s) dan Daisuke Nakagawa (4:06.35s).
Pingat gangsa Muhammad Nurdin menyaksikan kontinjen menutup saingan di Hangzhou dengan tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa.
Majlis penutup temasya APG 2022 akan berlangsung malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Para Asia 2022
#Muhamad Nurdin Ibrahim
#pingat gangsa
#1500 meter m lelaki T20
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan