awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali

Bernama
Bernama
12/12/2025
07:00 MYT
Sukan SEA: Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali
Jaguh baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei raih emas, cipta rekod temasya dengan catatan 65.41 meter (m) sempena Sukan SEA di Bangkok hari ini. - Foto Bernama
BANGKOK: Jaguh baling tukul besi negara Grace Wong Xiu Mei menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi pingat emas dan membaharui rekod temasya sebanyak empat kali dalam satu pertandingan pada aksi Sukan SEA Thailand 2025, di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Grace Wong Xiu Mei menjuarai acara baling tukul besi di Sukan SEA Thailand 2025 dengan memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali dalam satu pertandingan.
  • Beliau mencatatkan lontaran terjauh 65.41m dalam pertandingan tersebut, memperbaharui rekod temasya dan kebangsaan sebanyak tujuh kali dalam tempoh kurang sejam.
  • Kemenangan ini menandakan emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya sebelum ini pada tahun 2017, 2021, dan 2023.

Dalam saingan di Stadium Suphachalasai, Grace memulakan aksi dengan balingan sejauh 63.34 meter (m) untuk memadam rekod temasya miliknya 61.87m yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja.
Atlet kelahiran Sarawak itu kemudian mencipta rekod baharu temasya dan memadam rekod kebangsaan 63.53m yang dilakukannya pada kejohanan Olahraga Malaysia di Kangar, Perlis, Ogos lepas setelah melakukan 63.83m dalam balingan kedua.
Percubaan ketiga beliau menghadiahkan satu lagi rekod temasya dan kebangsaan dengan catatan 65.09m sebelum Grace melengkapkan dominasi dengan lontaran keempat 65.41m untuk sekali lagi membaharui kedua-dua rekod itu dan membantunya mengesahkan kilauan emas.
Catatan itu memecahkan rekod lamanya, 61.88m yang dilakukannya di Sukan SEA di Phnom Penh pada tahun 2023. - Foto Bernama
Catatan itu memecahkan rekod lamanya, 61.88m yang dilakukannya di Sukan SEA di Phnom Penh pada tahun 2023. - Foto Bernama
Beliau menutup dua lagi balingan dengan catatan 64.01m dan 64.42m, menjadikan keseluruhan empat rekod temasya dan tiga rekod kebangsaan berjaya diperbaharu dalam tempoh kurang sejam saingan, selain menghadiahkan emas pertama buat kem olahraga di sini.
Sementara itu, pingat perak menjadi milik wakil Thailand Koomphon Mingkamon dengan lontaran 60.74m sementara rakan senegaranya Kaewasuksri Sawitree meraih gangsa selepas mencatat 56.27m.
Sebagai rekod, kemenangan ini merupakan emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Sukan SEA Thailand 2025
#jaguh baling tukul besi
#grace wong
#rangkul emas Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan