awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Hamidin terima lapan calon Timbalan CDM

Bernama
Bernama
15/03/2021
12:56 MYT
Sukan SEA: Hamidin terima lapan calon Timbalan CDM
Hamidin bersama jawatankuasa pemilihan akan menentukan calon yang dirasakan memenuhi kriteria ditetapkan dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh dua minggu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini mengesahkan menerima cadangan lapan nama bagi jawatan timbalan CDM.
Beliau yang menjangka menerima beberapa lagi nama calon dalam minggu ini, bakal memilih calon yang sesuai selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pemilihan temasya dwitahunan itu.
"Saya bersama jawatankuasa pemilihan akan menentukan calon yang dirasakan memenuhi kriteria ditetapkan dan akan mengumumkan siapa timbalan CDM dalam tempoh dua minggu ini," katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, beliau membentuk pasukan Sekretariatnya terdiri daripada pegawai Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi membuat persediaan awal ke Hanoi, Vietnam.
Sekretariat yang bermesyuarat di Wisma FAM hari ini, turut membincangkan secara ringkas berkenaan peranan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas temasya sukan tersebut.
"Kita akan mengenal pasti jumlah keseluruhan kontinjen negara sejurus selepas setiap pasukan memuktamadkan pengurus pasukan masing-masing dalam masa terdekat. Buat masa ini kita juga sudah mempunyai tarikh penyerahan bendera tetapi akan dimuktamadkan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#timbalan CDM
#ketua kontinjen
#Sukan SEA 2021
#hamidin mod amin
#calon
#Jawatankuasa Pemilihan
#temasya sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan