HANOI: Dua pesilat wanita muncul penyelamat suasana suram skuad silat tanding negara apabila mara ke peringkat akhir acara masing-masing pada Sukan SEA ke-31 di sini.
Membariskan tujuh wakil dalam pertarungan di saingan separuh akhir di Gimnasium Bac Tu Liem pada Ahad, kesemua lima pesilat lelaki negara termasuk juara dunia tiga kali Mohd Al-Jufferi Jamari terpaksa akur di tangan lawan masing-masing.
Ketika skuad negara cemas selepas satu persatu pesilat lelaki terkandas di peringkat separuh akhir, srikandi silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Siti Shazwana Ajak berjaya mengesahkan tempat di pentas final.
Siti Rahmah yang juga juara dunia empat kali, mara ke peringkat akhir selepas menumpaskan pencabarnya dari Singapura Siti Khadijah Mohamad dalam kategori 70-75kg dengan keputusan 70-46.
Sementara, Siti Shazwana mengesahkan slot ke final apabila mengatasi lawannya Janejira Wankrue dari Thailand 56-37 dalam kelas 65-70kg.
Terdahulu, hasrat Mohd Al-Jufferi untuk melangkah ke saingan akhir kelas F (70-75kg) musnah apabila tumpas kepada pesilat Singapura Abdul Raazaq Abdul Rashid.
Bertarung dalam keadaan masih mengalami kecederaan di bahagian bahu ketika aksi suku akhir dua hari lepas, jaguh silat negara itu tumpas 21-26.
Turut gagal meloloskan diri ke peringkat akhir ialah Muhammad Robial Sobri yang tewas kepada atlet Singapura Sheik Farhan Sheik Alau'ddin 11-13 dalam kelas J (90-95kg) dan Mohd Fauzi Khalid dalam kelas G (75-80kg) yang kalah 24-37 kepada Nguyen Tan Sang dari Vietnam.
Cabaran Mohammad Amiruddin Adzmi juga terhenti di separuh akhir apabila terpaksa akur di tangan peserta tuan rumah Nguyen Duy Tuyen 6-21 manakala Ahmad Atif Irshad Zahidi yang mengalami kecederaan ketika aksi suku akhir dua hari lepas, dan dijadual berdepan Adilan Chemaeng dari Thailand hari ini terpaksa menarik diri.
Selain Siti Rahmah dan Siti Shazwana, harapan Malaysia juga terletak di bahu Muhammad Khairi Adib Azhar dalam kelas B Lelaki (50-55 kg) dan Billage Nakang (Bebas Lelaki), yang sebelum ini mara ke final untuk menyumbangkan pingat emas, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Siti Shazwana mengesahkan slot ke final apabila mengatasi lawannya Janejira Wankrue dari Thailand 56-37 dalam kelas 65-70kg. - Foto BERNAMA
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.