awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman

Bernama
Bernama
21/05/2022
14:59 MYT
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok. - Gambar fail/Stadium Astro
HANOI: Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
Lebih manis, kejayaan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mara ke pentas akhir itu juga mengakhiri 23 tahun kemarau pingat emas Malaysia dalam acara berkenaan pada temasya Sukan SEA.
Pertemuan sesama sendiri pasangan Malaysia itu selepas masing-masing menundukkan lawan dari Indonesia, sekali gus mengesahkan pingat emas dan perak buat skuad negara dalam acara berkenaan.
Kali terakhir Malaysia mengungguli acara berkenaan pada Sukan SEA ialah pada edisi 1999 di Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng dan Chor Hooi Yee.
Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang hari ini, Tang Jie-Yen Wei mengesahkan slot ke final selepas menumpaskan Rinov Rivaldy-Pitha Mentari 20-22, 21-13, 21-18.
Pang Ron-Yee See pula melengkapkan kejayaan berganda Malaysia ke atas Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso dengan kemenangan 18-21, 21-16, 21-17.
Sementara itu, beregu wanita negara Yee See yang bergandingan dengan Cheng Su Hui terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tumpas kepada gandingan dari Thailand Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 16-21, 6-21 pada aksi separuh akhir, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Hanoi
#badminton
#beregu campuran
#Chen Tang Jie
#Peck Yen Wei
#pingat emas
#Hoo Pang Ron
#Cheah Yee See
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan