awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Tze Liang sumbang emas ketiga buat Malaysia

Hilmi Malik
Hilmi Malik
09/05/2022
09:09 MYT
Sukan SEA Hanoi: Tze Liang sumbang emas ketiga buat Malaysia
Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada acara kali ini selepas tampil unggul pada acara tiga meter papan anjal seirama hasil gandingan bersama Chew Yi Wei, pada Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang menjadi individu yang menyumbang pingat emas ketiga buat negara selepas mempamerkan aksi cemerlang bagi acara 1 meter papan anjal individu.
Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada acara kali ini selepas tampil unggul pada acara 3-meter papan anjal seirama hasil gandingan bersama Chew Yi Wei, pada Ahad.
Semalam, Nur Dhabitah Sabri merupakan individu yang menyumbang emas pertama buat kontinjen negara selepas mendahului acara 1 meter papan anjal individu wanita.
Emas kedua negara telah berjaya disumbang oleh gandingan Chew Yi Wei dan Ooi Tze Liang.
Mereka memperoleh emas dalam acara terjun tiga meter papan anjal seirama lelaki, sekaligus mempertahankan gelaran juara dalam acara tersebut.
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Hanoi
#Ooi Tze Liang
#papan anjal individu
#emas ketiga negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan