KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) nampaknya akan 'mengejar' pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi sehingga ke Amerika Syarikat (AS).
Ia bagi membolehkan pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) itu, mendapat pelepasan daripada Universiti Auburn untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja bermula 5-17 Mei ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM Datuk Mark Ling berkata beliau sendiri akan terbang ke AS untuk mengadakan perbincangan dengan pihak universiti untuk membolehkan Muhammad Azeem beraksi di Phnom Penh.
"Ia bukan dalam tempoh pertandingan, jadi universiti (akan) menentukan (jika dapat membenarkan Azeem mengambil bahagian dalam Sukan SEA).
"Saya fikir perkara terbaik untuk dilakukan, saya perlu terbang ke sana dan bercakap secara peribadi, Saya sedang mengatur perjalanan ke AS, menjelang Mac," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM semalam.
Muhammad Azeem yang tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Jan lepas untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana, mempunyai komitmen bersama universiti ketika temasya Sukan SEA berlangsung.
Sejak tiba di sana, pelari berusia 19 tahun itu sudah memecahkan rekod kebangsaan 60m dalam dewan sebanyak dua kali, dengan catatan terbaharu 6.62s pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson di Carolina Selatan, hujung minggu lepas.
Sementara itu, ditanya mengenai status pelantikan ketua jurulatih baharu, Mark berkata pihaknya masih bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menyelesaikan beberapa proses sebelum mengesahkan pelantikan tersebut.
Kontrak Mohd Manshahar Abdul yang menggalas tanggungjawab berkenaan sejak 2019, dilaporkan telah tamat pada hujung tahun lepas.
Bekas atlet lompat jauh dan lompat kijang, Zaki Sadri antara nama yang dilaporkan sebagai pengganti Mohd Mansahar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Muhammad Azeem (tengah) ketika menyertai Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson, Carolina Selatan, 11 Feb lalu. - Foto Auburn Track & Field
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi
Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot.
Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.
Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini tampil dengan imej yang lebih segar bersempena penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris.
Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.
Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.
Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
Saya belum berputus asa - Azeem
Ia menyaksikan Azeem berada dalam kedudukan keenam pada saringan keenam mengakhiri cabaran di tempat ke-32 dalam kalangan 42 peserta.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.