awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas

Bernama
Bernama
29/03/2023
21:15 MYT
Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Skuad kebangsaan bakal berlepas ke Thailand pada 6 April ini bagi menghadapi dua kejohanan terakhir sebagai medan persiapan sebelum ke Sukan SEA. - Foto BERNAMA
NILAI: Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, Kemboja bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.
Pelumba basikal wanita negara Nur Aisyah Mohamad Zubir berkata situasi itu turut memberi manfaat kepada pasukan negara lain yang mempunyai kelebihan dalam memecut untuk menjuarai acara berbasikal lebuh raya di temasya berprestij berkenaan.
Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu berkata beliau dan rakan sepasukan akan menggunakan strategi yang sesuai selain mencuri ruang untuk berkomunikasi ketika perlumbaan bagi mendahului pasukan lain.
"Laluan di Kemboja memang rata tetapi tidaklah terlalu mudah untuk dapat emas, tetapi kalau nak bandingkan ketika Sukan SEA, Hanoi, ini lagi mudah," katanya semasa sesi kem latihan Sukan SEA, Kemboja di Velodrom Nasional Malaysia di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, atlet kelahiran Terengganu itu berkata skuad kebangsaan bakal berlepas ke Thailand pada 6 April ini bagi menghadapi dua kejohanan terakhir sebagai medan persiapan sebelum ke Sukan SEA.
Katanya kejohanan itu mampu membantu skuadnya mengenali dan mengetahui tahap kekuatan pasukan lawan sebelum ke Kemboja.
Pada Sukan SEA edisi Hanoi tahun lepas, Nur Aisyah meraih dua pingat perak masing-masing dalam acara lebuh raya wanita individu dan lebuh raya wanita berpasukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelumba basikal
#Sukan SEA
#pingat emas
#temasya berprestij
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan