SUKAN
Sukan SEA Pekak 2025: Sorakan "Malaysia Boleh" iringi emas ke-16 Malaysia

Sorakan "Malaysia Boleh" semarakkan semangat perjuangan beregu campuran Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying untuk mengesahkan pingat emas. - Foto Stadium Astro
JAKARTA: Sorakan "Malaysia Boleh" memenuhi ruang GOR Pulo Gadung menyemarakkan semangat perjuangan beregu campuran Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying untuk mengesahkan pingat emas milik kontinjen negara ke Sukan SEA Pekak 2025.
Ringkasan AI
- Beregu campuran Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying menewaskan pasangan Indonesia dalam perlawanan sengit, menepati sasaran 16 pingat emas negara.
- Atlet merakamkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara, KBS, penaja dan rakyat Malaysia atas sokongan berterusan kepada komuniti pekak.
- Acara tenpin boling dan catur masih berlangsung, membuka peluang untuk kontinjen negara menambah koleksi pingat.
"Tetapi kami hanya fikir jangan tertekan, fokus dan percaya boleh menang. Syukur, akhirnya kami berjaya membawa pulang emas untuk Malaysia," katanya.
Sementara itu, Wei Ying merakamkan penghargaan kepada pihak yang tidak putus memberikan sokongan kepada atlet pekak negara.
"Terima kasih kepada Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, penaja dan seluruh rakyat Malaysia. Kemenangan ini untuk anda semua. Kami berjanji akan terus berikan yang terbaik buat negara," katanya.
Ketua Kontinjen Malaysia Sarkunan Balakrisnan berkata ia merupakan detik keramat apabila menyaksikan emas ke-16 berjaya diperoleh menerusi perlawanan epik dan ia sangat membanggakan.
"Saya memang sangat bangga... perlawanan badminton dengan Indonesia hari ini amat sengit. Harapan saya untuk pingat emas ke-16 akhirnya tercapai. Ini adalah kejayaan terbesar yang kita capai bagi mengharumkan nama Malaysia," katanya.
Malaysia masih berpeluang menambah koleksi emas menerusi acara tenpin boling dan catur yang sedang berlangsung.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami