PHNOM PENH: Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan diingatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023, di sini.
Peringatan itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan skuad Harimau Muda berjuang bermati-matian memburu keputusan positif ketika turun menentang dua pasukan pilihan iaitu Thailand dan Vietnam pada aksi getir saingan Kumpulan B.
Hamidin berkata anak buah E. Elavarasan yang mempunyai sasaran ke final perlu menganggap pertembungan dengan kedua-dua pasukan itu sebagai perlawanan 'hidup atau mati' dalam usaha mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.
Katanya para pemain juga memahami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mencuri tiga mata dalam kedua-dua perlawanan tersebut.
"Kita lawan Thailand dan Vietnam adalah ibarat perlawanan final. Maknanya kalau boleh kalahkan Thailand ataupun Vietnam, mereka (pemain) sudah boleh merasakan mungkin bakal menjadi juara," katanya dalam satu pertemuan bersama media tempatan di sini, malam tadi.
Skuad kendalian Elavarasan yang membenam Laos 5-1 pada aksi sulung kumpulan di Stadium Prince di sini, Rabu lepas akan berdepan Thailand dan Vietnam masing-masing esok dan Isnin depan di venue sama sementara kedua-dua pasukan lawan itu akan bertemu sesama sendiri pada aksi terakhir 11 Mei ini.
Dalam pada itu, Hamidin berkata skuad yang dibentuk kali ini mempunyai kelebihan apabila pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian dilihat mempunyai keupayaan setara dengan kesebelasan utama.
Beliau berkata perkara itu akan dapat membantu pasukan mengekalkan momentum sekiranya terdapat mana-mana pemain yang mengalami kecederaan ataupun berdepan penggantungan perlawanan.
"Tetapi dalam perlawanan berpasukan komitmen dalam dan luar padang penting, saya maklumkan kepada jurulatih dan pemain bonding dalam dan luar padang mustahak. Jadi saya harap lepas kemenangan dengan Laos mereka kuat dan bersedia bertemu Thailand dan Vietnam," katanya.
Beliau yakin pasukan muda negara mampu mengalahkan Thailand dan Vietnam dengan syarat para pemain bebas daripada sebarang masalah dan hanya menumpukan kepada perlawanan.
Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan kumpulan, sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.
Vietnam selaku juara bertahan pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Skuad yang dibentuk kali ini mempunyai kelebihan apabila pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian dilihat mempunyai keupayaan setara dengan kesebelasan utama. - Foto fail/BERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.