PHNOM PENH: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2023 selepas mengesahkan tempat ke final hari ini.
Anak buah Mohd Hanip Che Halim itu menempah slot ke perlawanan akhir selepas membenam Thailand 5-3 pada aksi keempat round robin yang berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar, petang tadi.
Kemenangan dilakar ke atas Thailand itu juga menyaksikan skuad negara terus cemerlang dengan rekod tanpa kalah pada temasya kali ini selepas menewaskan Kemboja 10-1, Filipina 19-0 dan Singapura 5-0.
Pasukan kebangsaan akan melengkapkan aksi round robin itu menentang Indonesia pada Sabtu ini, sebelum turun beraksi berdepan lawan yang sama di pentas final pada Ahad.
Pada aksi yang berlangsung hari ini, Thailand terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan padang Suyaram Anuson pada minit kelapan, sebelum Faridzul Afiq Mohd menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Jaringan penyamaan itu terus menyuntik semangat pemain negara apabila menambah tiga lagi jaringan menerusi Muhamad Izham Azhar pada minit ke-12, Razali Mohd Hazemi (minit ke-19) dan Muhammad Firdaus Omar (minit ke-26).
Thailand kemudian merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan A-Nukoon Warawut pada minit ke-33 dan ke-34 sebelum Faridzul Afiq menoktahkan kemenangan Malaysia pada minit ke-38.
Sementara itu, Mohd Hanip memuji barisan pemainnya yang mempamerkan permainan lebih mantap berbanding ketika bertemu Singapura, semalam.
"Setiap peluang disempurnakan dengan begitu baik serta corak permainan hari ini lebih kemas.
'Pada suku terakhir kita agak leka sedikit dari segi bertahan dan Thailand mengambil peluang tersebut. Di mana setiap 'foul' perlu cepat berada dalam kedudukan tetapi sedikit leka dan menyebabkan kita melepaskan gol," katanya.
Mengenai perlawanan round robin berdepan Indonesia pada Sabtu ini, beliau berkata pasukan negara akan tetap membuat persediaan rapi walaupun kedua-dua akan bertemu sekali lagi di pentas final, sehari kemudian.
Indonesia menghuni tangga kedua setelah berkongsi 12 mata dengan Malaysia, namun dibezakan dengan jaringan.
Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas dalam pusingan round robin akan berentap untuk merebut pingat emas, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan berkongsi pingat gangsa.
Sebagai rekod, skuad hoki dalam dewan lelaki negara meraih pingat emas pada edisi 2019 di Filipina selepas menumpaskan Thailand 3-1 pada perlawanan akhir. Pada edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas, acara berkenaan tidak dipertandingkan.
Sementara itu, pasukan hoki dalam dewan wanita negara turut cemerlang pada aksi hari ini, apabila membenam tuan rumah, Kemboja 4-0.
Gol pasukan negara dijaringkan Fazilla Sylvester Silin pada minit keenam, Iren Hussin (minit ke-25), Nur Atira Mohamad Ismail (minit ke-28) dan Qasidah Najwa Muhammad Halimi (minit ke-30).
Pasukan negara yang menghuni tangga kedua di belakang Thailand, dengan masing-masing mengumpul 10 mata, perlu sekurang-kurangnya seri apabila bertemu Indonesia (sembilan mata) pada perlawanan akhir pusingan round robin, Sabtu ini untuk menempah tempat ke pentas final.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2023 selepas mengesahkan tempat ke final hari ini. - Foto Stadium Astro
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Sukan SEA: Skuad lelaki negara hampiri misi pertahan emas hoki dalam dewan
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2023 selepas mengesahkan tempat ke final hari ini.