awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Twitter jadi medan reaksi kegembiraan dan keluhan kecewa

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
04/06/2015
12:26 MYT
Sukan SEA: Twitter jadi medan reaksi kegembiraan dan keluhan kecewa
Rakyat Malaysia menzahirkan rasa berbangga dan keluhan mereka terhadap prestasi kontinjen negara yang beraksi di Sukan SEA di laman Twitter.
Tumpuan rakyat Malaysia kini pastinya pada Sukan Asia Tenggara ke-28 (Sukan SEA) yang berlangsung di Singapura.
Meskipun upacara pembukaan dijadualkan pada esok namun beberapa acara sukan sudah bermula beberapa hari sebelumnya.
Sehingga artikel ditulis, Singapura mengungguli carta pingat apabila memperoleh lima pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa. Singapura diikuti rapat oleh Vietnam dan Thailand dengan masing-masing memperoleh tiga dan dua pingat emas.
Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama negara iaitu pingat gangsa menerusi beregu wanita Ho Ying dan Lee Rou You dalam acara ping pong, Selasa lalu.
Meskipun hanya dibentuk dalam tempoh setahun, Skuad renang berirama negara pula berjaya meraih perak pertama negara.
Acara renang pula hari ini memberi tuah buat kontinjen negara apabila menyumbang kepada pingat emas pertama menerusi gandingan Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee.
Rakyat Malaysia menzahirkan rasa berbangga mereka terhadap kontinjen negara di laman Twitter.
Msia raih emas ptama Sukan SEA 2015 acara renang berirama, atlet Katrina Ann Hadi & Lee Hying Huey. Msia Boleh! #SEAGames2015 #malaysiaboleh
— Izwan Azir Saleh (@IzwanAzirSaleh) June 4, 2015
Inilah wirawati penyumbang pingat emas pertama negara. Tahniah @KatrinaAnn22 & Lee Yhing Huey pic.twitter.com/Ao055GtWZR
— Man Olimpik (@ManOlimpik) June 4, 2015
Pingat emas pertama dari Malaysia! yehaaa
— Saudari Umie (@umiehmzh) June 4, 2015
Pingat emas pertama kontinjen negara menerusi duet renang seirama. Tahniah Katrina n Hying Huey a href="https://twitter.com/hashtag/Ayuhmalaysiaku?src=hash">#Ayuhmalaysiaku pic.twitter.com/kUyNMAjpcV
— ahmad khawari isa (@khawari1) June 4, 2015
@TeamMsia ayuh Malaysiaku bersemangat menempuh perjuangan. Andalah wira sukan negara kita. Goodluck!! #KamiTeamMalaysia #SEAGames2015
— Muhamat Abi Derin (@Muhd_Abi) June 4, 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut melahirkan ucapan tahniah terhadap Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee yang berjaya mengharumkan nama negara.
Atlet renang berirama @KatrinaAnn22 & Lee Yhing Huey sumbang pingat emas pertama negara! Tahniah! #SayaTeamMalaysia #SukanSEA2015
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 4, 2015
Well done @KatrinaAnn22 & Lee Yhing Huey for winning Msia's first gold at @seagames2015! #AyuhMalaysiaKu
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 4, 2015
Tahniah! @501Awani: ..perenang negara sumbang emas pertama M'sia di Sukan SEA #AyuhMalaysiaKu http://t.co/74FWl1swmw pic.twitter.com/GGX01dePOp/p>— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 4, 2015
Sementara itu, berbeza pula reaksi para netizen terhadap keputusan perlawanan skuad bola sepak negara yang tewas berturut-turut di saingan kumpulan terhadap Vietnam dan Thailand.
Malaysia kini perlu mengharapkan 'keajaiban' untuk mara ke separuh akhir yakni pasukan Vietnam dan Thailand kalah dalam baki dua peringkat kumpulan.
Siapa rindukan skuad juara Harimau Muda 2009 & 2011?
— Suara Bola Malaysia (@MalaysiaSoccer) June 4, 2015
@KRejendran @501Awani dude we lost to Vietnam 5-1, luckily we only lost 1-0 to Thailand, should've been 10-0
— RayyanRazzaq (@Gulibear240902) June 4, 2015
Sukan SEA pun tak mampu...berapa bajet dihabiskan untuk bolasepak setiap tahun? Berbaloikah? Banyak lagi sukan patut dapat bantuan.
— klubbkidd(@klubbkiddkl) June 4, 2015
Malaysia oh Malaysia, jangan mimpi la nak dapat pingat emas kalau bermain dengan sebegini rupa.
— Luqman. (@iam_luqman) June 2, 2015
Kurang sejam lalu, Ng Sock Khim meraih pingat perak dalam final perseorangan wanita bagi acara ping-pong di Stadium Tertutup Singapura.
Topic Berkaitan
#harimau muda
#pingat emas
#SEA Games
#Singapura
#Sukan Asia Tenggara
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan