Kepenatan yang dialami penerjun negara Ooi Tze Liang nyata tidak menghalangnya untuk meraih emas ketiga dalam acara 10m Platform Sukan Sea kali ke-28 di Singapura.
Tiga terjunan pertama sinonim dengan kemampuan namun bermula terjunan keempat Tze Liang berada dalam kedudukan sukar.
Mujur pungutan mata lebih awal menyelamatkan emas Tze Liang daripada dirampas seorang lagi penerjun negara Chew Yiwei (perak) dengan mereka hanya dibezakan 21.85 mata.
Tze Liang meraih mata keseluruhan berjumlah 415.50, sementara YiWei mendapat 393.65 mata, manakala penerjun Singapura Jonathan Chan memenangi pingat gangsa selepas mengumpul 356.55 mata.