awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukar pastikan Sukan Olimpik Tokyo 2021 berjalan lancar jika masih tiada vaksin COVID-19

Agensi
Agensi
28/04/2020
09:39 MYT
Sukar pastikan Sukan Olimpik Tokyo 2021 berjalan lancar jika masih tiada vaksin COVID-19
Terdahulu, Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersetuju menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo pada Julai 2021 susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia. -Gambar fail
SUKAR untuk memastikan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2021 berjalan lancar jika masih tiada vaksin bagi COVID-19.
Pengarah Perubatan Jepun, Yoshitake Yokokura, berharap vaksin yang berkesan bagi merawat COVID-19 dapat dihasilkan secepat mungkin.
Bagaimanapun, temasya tersebut masih boleh berjalan lancar sekiranya penularan wabak itu terkawal bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia.
"Pada pendapat saya, amat sukar untuk mengadakan Sukan Olimpik melainkan terdapat vaksin yang berkesan.
"Ia tidak bermakna temasya itu tidak patut diadakan, tetapi pada pendapat saya ia sukar untuk dijalankan melainkan sudah terdapat vaksin menjelang 2021," katanya dalam sidang media pada Selasa.
BACA: COVID-19: Pandemik masih belum berakhir - WHO
Sebelum ini, pakar dan saintis memaklumkan untuk menghasilkan vaksin yang berkesan ia mengambil masa selama beberapa tahun atau lebih lama.
Terdahulu, Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersetuju menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo pada Julai 2021 susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia.
BACA: Olimpik Tokyo tidak akan berlangsung tahun depan - Penganalisis
BACA: Tarikh baharu Olimpik Tokyo 23 Julai - 8 Ogos 2021
Setakat ini, Jepun merekodkan 13,576 kes positif COVID-19 dengan 389 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jepun
#Sukan Olimpik Tokyo
#vaksin
#Yoshitake Yokokura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan