awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukarelawan KL 2017 perlu jadi duta negara - KJ

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
06/08/2017
09:00 MYT
Sukarelawan KL 2017 perlu jadi duta negara - KJ
KHAIRY: Tugas sukarelawan tidak tertakluk kepada perkhidmatan hakiki mereka, namun perlu menjadi duta kepada negara pada temasya Sukan SEA. - Foto Bernama
Tugas sukarelawan tidak tertakluk kepada perkhidmatan hakiki mereka, namun perlu menjadi duta kepada negara pada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Ogos ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pengetahuan mereka seharusnya lebih daripada latihan sukarelawan selain peka kepada isu semasa berkenaan sukan serta negara.
"Di Olimpik Rio, sukarelawan memberi bantuan selain berpengetahuan. Di Singapura, sukan di Glasgow dan banyak lagi kejohanan sukan dunia peranan sukarelawan benar-benar menjadikan temasya itu istimewa," katanya selepas sesi menyampaikan amanat kepada sukarelawan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini hari ini.
BACA: PM Najib sertai Larian Obor KL 2017
TONTON: Himpunan Sukarelawan KL2017
Katanya, Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang dikenali sebagai 'Wau Factor' perlu memainkan peranan penting dalam memastikan hasrat Malaysia untuk menjadi penganjur terbaik temasya tersebut tercapai.
Jelasnya, semua yang terpilih sebagai sukarelawan bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi ke­terampilan dan kekuatan bahasa namun apa yang lebih penting adalah sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi tidak diduga.
Sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN akan disediakan kemudahan makan dan minum selain pakaian rasmi, skim insurans berkelompok dan sijil penghargaan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Khairy Jamaluddin
#Olimpik Rio
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan