MELAKA: Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang akan berlangsung pada 16 hingga 24 Sept ini di Kuala Lumpur.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata antara sukan utama yang dilihat mampu menyumbangkan pingat emas kepada Melaka adalah wushu, badminton, silat, petanque dan renang.
"Pada temasya edisi ke-20 itu, Kontinjen Melaka akan menghantar 488 atlet bagi mengambil bahagian dalam kesemua 31 jenis sukan yang dipertandingkan dan mereka merupakan atlet dalam senarai sedia ada ketika Sukma Johor 2020 yang dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.
"Kita menyasarkan lebih 10 peratus daripada jumlah yang kita peroleh sebelum ini ketika Sukma 2018 di Perak iaitu 18 pingat emas, 18 perak dan 18 gangsa," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini semalam.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Bapa Angkat, Jabatan Angkat dan Anak Angkat sempena Sukma 2022 yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka Mahathir Mustafa.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata bapa angkat dan agensi yang dilantik itu berperanan memantau perkembangan latihan serta menyelenggara infrastruktur yang diperlukan pasukan dan atlet yang diwakili mereka.
"Seramai 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai kerajaan dan agensi serta jabatan kerajaan di negeri ini telah dilantik untuk menjadi bapa angkat dan jabatan angkat bagi 31 jenis sukan sempena Sukma 2022.
"Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi membiayai keperluan dan kelengkapan serta peralatan Kontinjen Melaka pada kejohanan itu," katanya.
Sementara itu, Mahathir berkata antara cabaran besar dihadapi kontinjen itu ialah untuk menyediakan atlet yang mampu mengekalkan tahap kecergasan dan pencapaian mereka berikutan tempoh dua tahun pandemik COVID-19 memberi impak besar kepada prestasi atlet.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
![Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658705765_SUKMA.jpg)
Shanmugam (dua, kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada ADUN Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin (dua, kanan) pada majlis Penyerahan Watikah Bapa Angkat, Jabatan Angkat dan Anak Angkat di Ayer Keroh semalam. --fotoBERNAMA
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722037332_ParisAtletMalaysia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
![Adamas tunggu maklum balas dua atlet angkat berat gagal ujian doping Adamas tunggu maklum balas dua atlet angkat berat gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672234671_AngkatBerat.jpg)
Adamas tunggu maklum balas dua atlet angkat berat gagal ujian doping
Adamas belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada Sukma lalu.
![Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022 Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664038675_DYMMSULTANJOHOR.jpg)
Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022
Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Sukma 2022: Lontaran emas Nani Sahirah ketepikan cabaran atlet kebangsaan Sukma 2022: Lontaran emas Nani Sahirah ketepikan cabaran atlet kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663280350_NaniSahirahMaryata.jpg)
Sukma 2022: Lontaran emas Nani Sahirah ketepikan cabaran atlet kebangsaan
Lontaran sejauh 13.38m yang menghasilkan emas itu, ternyata mengejutkan atlet olahraga kebangsaan dari Sarawak Grace Wong Xiu Mei.
![Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663217155_AtletOlahragaPahan.jpg)
Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka
Hasrat melakar pencapaian bergaya tidak kesampaian apabila catatan 31 minit 11.62 saat tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kejohanan.
![Sukma 2022: Gugur 12 acara, tiada unsur sabotaj - Ahmad Faizal Sukma 2022: Gugur 12 acara, tiada unsur sabotaj - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660993264_FaizalAzumu.jpg)
Sukma 2022: Gugur 12 acara, tiada unsur sabotaj - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin tiada unsur sabotaj dalam pengguguran 12 acara di saat akhir sebelum tarikh tutup Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
![Guna kuasa mutlak teruskan acara terjun wanita SUKMA 2022 - Menteri Sarawak Guna kuasa mutlak teruskan acara terjun wanita SUKMA 2022 - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650271069_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Guna kuasa mutlak teruskan acara terjun wanita SUKMA 2022 - Menteri Sarawak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa menggunakan kuasa mutlak selaku Menteri Belia dan Sukan jika ada, untuk meneruskan acara terjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.
![Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658705765_SUKMA.jpg)
Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas
Antara sukan utama yang dilihat mampu menyumbangkan pingat emas kepada Melaka adalah wushu, badminton, silat, petanque dan renang.
![Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/51525447496_Pandelela.jpg)
Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS
Mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.
![Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657719775_ShahrilMohamedKon.jpg)
Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara
Kontijen Perak akan menyertai kesemua 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada September sehingga Oktober depan.
![Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635603160_TBFAIZALAZUMU.jpg)
Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal
Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan sebelum temasya Sukan SEA Hanoi, dijangka berlangsung Mei depan.