awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA 2024: Kelantan lakar sejarah rangkul pingat emas kriket lelaki

Bernama
Bernama
19/08/2024
15:16 MYT
SUKMA 2024: Kelantan lakar sejarah rangkul pingat emas kriket lelaki
Aksi skuad kriket Kelantan pada perlawanan akhir dalam acara format T20 lelaki menentang skuad kriket Sarawak sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Padang Kriket dan Ragbi Petra Jaya, hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Di sebalik tekanan beraksi di laman tuan rumah, Kelantan di bawah bimbingan Ahmad Zahid Adnan tetap unggul ketika mengesahkan kejayaan manis berkenaan selepas mengetepikan cabaran Sarawak dengan kelebihan 25 larian.
Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zahid memuji fokus tinggi dan semangat kental anak buahnya untuk memenangi perlawanan.
"Pandangan peribadi saya, perlawanan ini sangat sengit sebab kedua-dua pasukan tunjuk komitmen tinggi," katanya.
Ketua pasukan Kelantan Amirul Asyraf Ayob berkata kejayaan itu sesuatu yang membanggakan selepas Kelantan tidak menyertai sebarang pertandingan dalam kejohanan kebangsaan sepanjang dua tahun lepas.
"Tiada siapa jangka kami akan menang kerana kami tidak bertanding dalam kejohanan kebangsaan tetapi kami berlatih dengan tekun dan menunjukkan ketabahan apabila datang ke Kuching.
"Kali pertama kami bertanding dalam kriket SUKMA adalah 15 tahun lepas. Ini adalah kemenangan besar pertama kami dalam kriket Malaysia, jadi ia memang sangat bermakna.
"Apa yang membuatkan permainan ini istimewa di Kelantan ialah hakikat bahawa jurulatih kami adalah guru sekolah yang percaya kepada kami dan menunjukkan kami cara untuk bermain kriket dengan baik," kata pemain berusia 20 tahun itu.
Pingat gangsa menjadi milik Selangor yang menundukkan Terengganu dengan kelebihan 31 larian pada aksi penentuan tempat ketiga.
Sementara itu, dalam aksi liga sepusingan T10 wanita, Selangor menewaskan Pahang dengan kelebihan empat wiket manakala Perak menang dengan kelebihan 29 larian ke atas Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukma 2024
#Kelantan
#pingat emas
#kriket lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan