awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA 2024: Muhammad Fakrul pecah rekod 400m lari berpagar kebangsaan

Bernama
Bernama
22/08/2024
10:47 MYT
SUKMA 2024: Muhammad Fakrul pecah rekod 400m lari berpagar kebangsaan
Muhammad Fakrul (dua, kanan) ketika beraksi dalam acara separuh 400 meter (m) lari berpagar lelaki pada SUKMA 2024 Sarawak di Stadium Sarawak hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Atlet pelapis kebangsaan Muhammad Fakrul Afizul Nasir muncul atlet pertama melebur rekod kebangsaan olahraga Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
Muhammad Fakrul yang mewakili Kelantan tiba di garisan penamat dengan bergaya melakukan catatan 51.11 saat (s) acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki, memadam rekod miliknya 51.26s, yang dilakukan tahun lepas.
Catatan itu juga membolehkannya memperbaharui rekod temasya 51.79s milik Mohd Zafril Mohd Zuslaini dari Pahang yang dirakam pada 2004 di Negeri Sembilan.
Muhammad Fakrul yang mewakili Kelantan tiba di garisan penamat dengan bergaya melakukan catatan 51.11 saat (s) acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki. - Gambar fail/Bernama
Muhammad Fakrul yang mewakili Kelantan tiba di garisan penamat dengan bergaya melakukan catatan 51.11 saat (s) acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki. - Gambar fail/Bernama
Pingat perak acara itu dimenangi Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar dari Johor dengan masa 53.20s manakala wakil Wilayah Persekutuan Emmanuel Muphy Josbert melakar 53.50s untuk gangsa.
Pada Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul mencipta sensasi apabila meleburkan rekod 400m lari berpagar kebangsaan berusia 18 tahun iaitu 51.28s dilakukan Mohd Shahadan Jamaluddin pada Sukan SEA 2005.
Atlet berusia 20 tahun itu mencipta rekod 51.26s pada Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Asia di Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukma 2024
#Muhammad Fakrul Afizul Nasir
#pecah rekod kebangsaan
#400m lari berpagar kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan