KUCHING: Pasukan ragbi wanita Sarawak menetapkan sasaran untuk mara ke perlawanan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Pengurus pasukan Faqrul Hafiz Abu Bakar berkata jika anak buahnya mampu melepasi peringkat suku akhir kelak, tidak mustahil mereka boleh memperolehi pingat emas.
"Pasukan ragbi wanita memiliki kelebihan dengan kehadiran tujuh pemain yang pernah mewakili pasukan kebangsaan dalam skuad senior U20 dan U18 Malaysia.
"Pengalaman mereka di peringkat kebangsaan diharapkan dapat membantu pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya kepada Bernama.
Faqrul juga meletakkan harapan tinggi terhadap skuad lelaki tuan rumah itu walaupun tanpa kehadiran pemain kebangsaan.
"Harapan tinggi diletakkan agar pasukan Sarawak mampu menyaingi pasukan-pasukan lain dalam edisi kali ini dan menunjukkan aksi permainan yang cemerlang.
"Dengan persiapan yang intensif dan komitmen yang tinggi, diharapkan pasukan ragbi Sarawak dapat mencapai kejayaan yang gemilang dalam kejohanan SUKMA kali ini," katanya.
Pertandingan ragbi akan diadakan pada 19 hingga 22 Ogos di Stadium Miri, bahagian utara Sarawak yang terletak kira-kira 800 kilometer (km) dari bandar Kuching.
SUKMA 2024 mengetengahkan 37 jenis sukan melibatkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Sarawak pernah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Pertandingan ragbi akan diadakan pada 19 hingga 22 Ogos di Stadium Miri.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.
Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Beliau menjelaskan, keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan
Wan Ahmad Fayhsal berkata cadangan untuk membina litar permotoran sedang diusahakan oleh pihaknya bagi mempertingkatkan kemudahan sukan di Kelantan.