awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah

Bernama
Bernama
14/03/2025
07:00 MYT
SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Hannah berkata selaku tuan rumah, Selangor mempunyai senarai acara yang ingin dicadangkan namun setiap acara yang mahu dipertandingkan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa SUKMA. - Gambar fail
PETALING JAYA: Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata selaku tuan rumah, Selangor mempunyai senarai acara yang ingin dicadangkan namun setiap acara yang mahu dipertandingkan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa SUKMA.
"Jawatankuasa SUKMA akan memastikan setiap acara yang mahu dipertandingkan mesti mempunyai sekurang-kurangnya penglibatan enam negeri. Itu syarat utama. Jadi, sama ada pickleball akan disenaraikan atau tidak, ia bergantung kepada undian negeri-negeri masing-masing.
"Keputusan akhir mengenai acara yang bakal dipertandingkan hanya akan dimuktamadkan menjelang tarikh kejohanan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di sini hari ini.
Beliau memaklumkan mesyuarat pertama Jawatankuasa SUKMA yang diadakan baru-baru ini hanya mengesahkan Selangor selaku tuan rumah SUKMA 2026 dan Kelantan bagi edisi 2028.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah sebelum ini, menyuarakan pandangan iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan dasar khusus bagi mengekalkan sukan teras yang berpotensi menyumbang pingat di kejohanan antarabangsa, agar ia tidak digugurkan daripada SUKMA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#pickleball
#Hannah Yeoh
#2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan