awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma Johor ditangguhkan ke 2024

Bernama
Bernama
28/10/2021
21:19 MYT
Sukma Johor ditangguhkan ke 2024
Ahmad Faizal berkata pihak KBS akan mengemukakan cadangan penangguhan Sukma kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) pada Khamis bersetuju agar penganjuran temasya sukan terbesar negara itu di Johor pada tahun hadapan, ditangguhkan ke 2024.
Perkembangan itu disahkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, yang meneliti status laporan terkini penganjuran Sukma dan Para Sukma Johor 2020.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata jawatankuasa sama turut bersetuju supaya Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
"Tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dan Para Sukma akan datang.
"Seterusnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan pelaksanaan temasya ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
BACA: Kaedah penganjuran Sukma Johor 2020 akan dikaji terlebih dahulu - Ahmad Faizal
BACA: Sukma, Para Sukma 2020 Johor dibatalkan, akan diadakan pada 2022
Sukma Johor 2020, yang sepatutnya berlangsung pada 6 hingga 14 Mac 2021, dan Para Sukma pada 5 hingga 10 April dibatalkan sekali lagi, berikutan peningkatan kes COVID-19 tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#tangguh ke 2024
#SUKMA
#Sukma Johor 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan