awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma: Tindakan PABM harus dihormati - MOM

Bernama
Bernama
24/09/2022
07:20 MYT
Sukma: Tindakan PABM harus dihormati - MOM
Selaku badan induk, PABM mempunyai kuasa autonomi membuat ketetapan berhubung kesalahan berkaitan isu doping. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan dibuat Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menarik diri daripada mengendalikan sukan angkat berat, yang terpalit isu doping pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 harus dihormati.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata selaku badan induk, PABM mempunyai kuasa autonomi membuat ketetapan berhubung kesalahan berkaitan isu doping tersebut, yang pada mulanya tidak disambut baik oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
"MOM akan mengutuskan surat rasmi kepada MSN untuk menyokong pendirian persatuan tersebut. Kita harap perkara ini tidak akan berterusan dan dapat diselesaikan dengan baik.
"MOM dan PABM ada berbincang dan kata putus dari mereka kalau ada kes doping perlu ada penarikan diri, tapi disebabkan mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma campur tangan, jadi sukan angkat berat tetap dijalankan di Sukma. Jadi kita lihat isu itu seharusnya tidak berpanjangan kerana ia telah dibincang dan keputusan itu patut dah dipersetujui," katanya selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-202 hari ini.
Mohd Nazifuddin berkata sebarang keputusan dibincangkan berhubung ketetapan itu perlu diikuti dan sekiranya ada sebarang perubahan ia seharusnya tidak diubah tanpa persetujuan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA).
Beliau mengulas mengenai tindakan dibuat MSN baru-baru ini yang bertindak mengambil alih sepenuhnya tugas penganjuran saingan angkat berat dalam Sukma ke-20 di ibu negara demi kelangsungan sukan itu.
Ia susulan tindakan drastik PABM menarik diri daripada temasya berkenaan gara-gara terdapat tiga kes positif penggunaan bahan terlarang dalam sukan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#PABM
#isu doping
#angkat berat
#MOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan