awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruh lain, buat lain - Dollah Salleh

Astro Arena
Astro Arena
05/02/2018
13:19 MYT
Suruh lain, buat lain - Dollah Salleh
Dollah kusut memikirkan mengapa pemainnya mengamalkan corak hantaran jauh yang bukan gaya falsafah bola sepak Pahang. - Gambar fail
DOLLAH SALLEH kecewa Pahang kurang kreativiti di jentera serangan ekoran terlalu bergantung kepada Mohamadou Sumareh selain prestasi Nor Azam Azih yang gagal mengemudi bahagian tengah pasukan.
Buntu dan tiada corak tersendiri, mungkin itu paling tepat merumuskan aksi pertama Tok Gajah yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Dollah kusut memikirkan mengapa pemainnya mengamalkan corak hantaran jauh yang bukan gaya falsafah bola sepak Pahang.
Selain Nor Azam, kelibat bintang Kemboja, Chan Vanthanaka, juga jauh daripada mempersonakan.
"Kami jarang kehilangan bola. Kami jarang bermain hantaran jauh tetapi entah mengapa, kami sering menggunakan hantaran jauh.
"Saya juga berpesan dari tepi padang tetapi mereka masih mengulanginya.
"Oleh kerana kelibat Azam tidak menjadi, habis semuanya," kata Dollah.
Lawan Pahang, iaitu The Bos Gaurus, berasakan mereka sepatutnya mampu memenangi perlawanan itu.
Pengendalinya, Mehmet Durakovic, berasakan jika penyudah lebih tajam, khususnya melalui Gilmar Jose da Silva Filho, mereka mampu pulang ke Ipoh dengan tiga mata.
"Saya mempercayai pemain saya. Kepada mereka yang tidak mempunyai semangat untuk beraksi, pemain lain akan mengambil tempat mereka.
"Saya mempunyai ramai pilihan, pemain import, tempatan serta muda yang bagus.
"Ia hanya berkenaan masa untuk mereka membentuk keserasian dan saya gembira dengan apa yang saya lihat malam ini (tadi)," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Chan Vanthanaka
#Dollah Salleh
#Gilmar Jose da Silva Filho
#Liga Super
#mehmet durakovic
#Mohamadou Sumareh
#Nor Azam Azih
#Pahang
#The Bos Gaurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan