awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syafiq Ridhwan sasar raih dua kejayaaan

Bernama
Bernama
15/02/2013
00:16 MYT
Syafiq Ridhwan sasar raih dua kejayaaan
Pemain boling elit lelaki kebangsaan Syafiq Ridhwan Abdul Malek menyasar untuk meraih kejayaan pada dua kejohanan utama tahun ini.
Dua kejohanan itu ialah Cabaran Euro Brunswick dari 19 hingga 24 Mac di Munich, Jerman selain mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Boling Piala Dunia dari 18 hingga 31 Ogos di Las Vegas, Amerika Syarikat.
"Saya berharap mampu meraih kejuaraan pada dua kejohanan berkenaan, yang dijangka akan turut disertai pemain boling ternama dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi 2012 malam ini.
Mengulas ketiadaan sukan boling pada Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini, pemain tinggi lampai berusia 26 tahun itu berkata beliau agak kecewa kerana sukan tersebut sentiasa menjadi 'lubuk emas' buat kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.
"Memang kecewa sebab boling tidak dipertandingkan pada Sukan SEA tahun ini, namun saya menerima keputusan penganjur dengan hati terbuka," katanya.
Pada majlis itu, penuntut Universiti Putra Malaysia tersebut menerima wang tunai RM10,000 dan sebuah Galaxy Note II 10.1 atas kejayaan beliau meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland pada tahun lepas.
Hadiah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Topic Berkaitan
#Cabaran Euro Brunswick
#Kejohanan Boling Piala Dunia
#Pemain boling elit lelaki kebangsaan
#Syafiq Ridhwan Abdul Malek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan