KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan kanan Selangor FC, Muhammad Syahmi Safari kini secara rasmi menjadi pemain terbaharu juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Muhammad Syahmi mengakui sukar untuk mengatakan tidak mengenai lamaran daripada JDT yang disifatkannya kelab terbesar di Malaysia ketika ini.
"Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta'zim, dan saya kini berada di sini.
"Ini adalah cabaran, cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak," katanya dalam video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi JDT hari ini.
"Welcome to the Home of Champions! #NewSigning #WhereChampionsAreMade #LuaskanKuasamuJohor," menurut hantaran akaun 'officialjohor' itu.
Dalam video itu, beliau yang kelihatan segak mengenakan set lengkap sut hitam sebelum meninjau Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, turut menayangkan nombor jersinya iaitu 91.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya pada Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lepas.
Walaupun sering beraksi di posisi pertahanan kanan, pemain kelahiran Kuala Selangor itu terus menjadi pilihan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk beraksi di sebelah kiri susulan ketiadaan La'Vere Corbin-Ong yang menjadi pemain kerap menggalas tanggungjawab di posisi tersebut. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Bekas pemain pertahanan kanan Selangor FC, Muhammad Syahmi Safari kini secara rasmi menjadi pemain terbaharu juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta'zim (JDT). - Gambar Facebook Johor Souther Tigers

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Bumbung runtuh ketika konsert death metal, seorang maut
Rakaman media sosial menunjukkan lubang pada bumbung venue manakala orang awam cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Syahmi Safari sah milik JDT
Muhammad Syahmi mengakui sukar untuk mengatakan tidak mengenai lamaran daripada JDT yang disifatkannya kelab terbesar di Malaysia.

Harimau Malaya kena saingi kepantasan Garuda - Syahmi Safari
Skuad Garuda memiliki corak permainan pantas khasnya pada bahagian sayap yang boleh menyebabkan anak buah Tan Cheng Hoe berputih mata sekiranya mengambil mudah ancaman lawan.

Syahmi menang anugerah jaringan terbaik AFF
Jaringan unik Mugammad Syahmi dihasilkan dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran mengelirukan dari rakan sepasukan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 bertemu Thailand 2018.

FAM setuju hantar jaringan Goulon ke FIFA
FAM kemuka jaringan pertahanan Pahang, Herold Goulon kepada FIFA hari ini.

Play-off kelayakan Piala Dunia: Cheng Hoe lega ...
Menjelang aksi berdepan Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini, pengendali Harimau Malaya, Tang Cheng Hoe, berasa lega apabila semua pemain.

#AFCB23: China nafi kemenangan Malaysia di Stadium Shah Alam
Malaysia di depan sebanyak dua kali namun China berjaya menyamakan kedudukan untuk keputusan tamat 2-2.

FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019
FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol jaringan pemain berusia 21 itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.

Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.

'Kami akan bermain mati-matian'
Adam Nor Azlin, Syahmi Safari dan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berterima kasih dan bertekad akan memberikan segalanya malam ini.

#WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki
Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas berjaya mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua.