KUALA LUMPUR: Meskipun sudah bersara daripada skuad kebangsaan, bekas bintang boling negara Syaidatul Afifah Badrul Hamidi terus mencurah bakti dengan menubuhkan Akademi Syaidatul Afifah (ASA) untuk mengasah bakat anak muda.
Bekas juara Kejohanan Boling Dunia 2017 berusia 30 tahun itu berkata dengan penubuhan akademi berkenaan membolehkan beliau mencapai impiannya untuk berkongsi pengalaman serta ilmu kepada generasi pelapis sukan terbabit.
"Saya ingin melahirkan pemain boling bertaraf profesional, semestinya daripada akademi ini kita akan melahirkan atlet yang berdisplin... jadi hari ini bukan sahaja bagi mereka yang berpotensi tetapi mereka yang tidak tahu apa-apa mengenai boling juga saya akan ambil untuk dilatih.
"Untuk akademi kita ada tiga fasa, pertama kita akan ajar asas tentang boling selama tiga bulan, sekiranya tidak cukup kita akan latih mereka sehingga mereka layak untuk fasa kedua, fasa yang lebih ke hadapan tentang langkah dan kemahiran yang penuh," katanya kepada pemberita semasa program pencarian bakat baharu ASA di sini semalam.
Bekas pemain kelahiran Ipoh itu berkata, dalam fasa ketiga mereka yang dilatih akan dinilai dan dibenarkan menyertai mana-mana perlawanan boling peringkat negeri atau kejohanan boling litar remaja peringkat kebangsaan selain mereka juga akan diberi pendedahan berkenaan kesedaran kecerdasan dan gaya pemakanan yang sihat.
Terdahulu, pemilihan pencarian bakat baru ASA yang diadakan di Pusat Boling Sunway Mega Lanes membabitkan 30 orang pemain muda berumur antara tujuh hingga 15 tahun dengan hanya 15 orang bakal dipilih menyertai ASA.
Syaidatul yang pernah mewakili negara selama 11 tahun bersara daripada skuad kebangsaan pada 2 Sept 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Syaidatul Afifah memberi taklimat kepada peserta program pemilihan bakat baru kumpulan pertama bagi Akademi Syaidatul Afifah di Sunway Megalanes Sunway Pyramid, Petaling Jaya, 14 Jan 2023. --fotoBERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.
Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.
Li Jane raih kejuaraan Terbuka AS
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova pada perlawanan akhir stepladder.
Skuad boling remaja tuai dua gangsa pada hari pertama kejohanan Asia
Kilauan gangsa itu disumbangkan Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi bagi kategori individu wanita.
ANGKASA mahu media terus salur maklumat kebaikan berkoperasi - Abdul Fattah
Gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.
Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha
Pemain boling elit wanita negara, Natasha Mohamed Roslan mengalami kekalahan mengejut pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-45 semalam, selepas kira-kira sebulan muncul juara dunia buat kali pertama.
Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait
Pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik.
Durian runtuh buat juara Boling Padang Dunia Ain Nabilah-Aleena
Insentif diberikan menerusi SHAKAM sebagai menghargai kejayaan mereka mengharumkan nama negara di Kejohanan Boling Padang Dunia.
Li Jane muncul juara boling Terbuka Singapura 2023
Pemain boling negara Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range hari ini.
Sukan SEA: Shalin optimis raih kepercayaan atlet
Sukan SEA 2023 dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.