KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, Human Voyage Sdn Bhd telah menghantar permohonan rasmi agar perlumbaan itu ditunda ke 18 hingga 26 Jun.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Mohd Azhari Mohammad berkata syarikat berkenaan telah mengemukakan tiga justifikasi untuk menangguh perlumbaan berstatus Pro series itu, yang sepatutnya berlangsung pada 3 hingga 10 Mac.
Ia berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak dan membimbangkan, melibatkan penularan varian Omicron di seluruh dunia serta keperluan untuk menjalani kuarantin wajib terutamanya bagi individu dari negara disenaraikan berisiko Omicron oleh Kementerian Kesihatan.
Mohd Azhari berkata syarikat itu turut memberi alasan keperluan penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan, termasuk melibatkan hak siaran agar tidak bertindih dengan kejohanan di Eropah.
"Bagi memastikan cadangan dikemukakan syarikat dibincangkan secara teliti dan komprehensif, KBS sudah menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2022 pada 27 Jan, yang turut melibatkan PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) selaku badan induk kebangsaan serta Human Voyage.
"Mesyuarat ini bertujuan untuk bersama-sama berbincang dan mencari titik persefahaman dengan mengambil kira kepentingan kejohanan dan penilaian risiko kesihatan awam," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan KBS pada Isnin.
Beliau turut menekankan bahawa penganjuran LTdL 2022 adalah komitmen KBS selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara sukan antarabangsa dan pada masa yang sama memberi keutamaan kepada kepentingan kesihatan awam.
Sebelum ini, PKBM meminta KBS mengambil tindakan drastik bagi menyelesaikan isu yang timbul berhubung penganjuran jelajah berkenaan, selain mendakwa syarikat berkenaan cuba menukar tarikh perlumbaan tanpa pengetahuan badan induk itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Mohd Azhari berkata syarikat itu turut memberi alasan keperluan penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan, termasuk melibatkan hak siaran agar tidak bertindih dengan kejohanan di Eropah. - Gambar fail

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pendemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produk. jika dahulu, kesemua pelanggannya lebih kepada walk in dan setempat. kini, Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.
![[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global [TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968239/14500335421653283452025_640x360.jpg)
[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global
Malaysia meletakkan tiga fokus utama dalam penglibatan pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 seiring mendapani cabaran era pasca pandemik meliputi keterangkuman, ekonomi digital dan kelestarian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia ke Davos berpandangan, forum global itu juga penting untuk pemimpin tempatan bertukar idea dan mempelajari amalan terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Harga Komoditi naik | Inflasi makanan Malaysia dijangka meningkat
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit. MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

Tiada sesen pun dana Yayasan Akalbudi datang dari kerajaan, pembayar cukai - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai yayasan tersebut.

Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang
Kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.

Anugerah Perdana Belia Negara: Kerajaan umum tujuh kategori anugerah baharu
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Belia Negara 2022 hari ini.

Atlet karate pekak Yilamaran raih perak di Deaflympic ke-24
Atlet karate pekak negara, V. Yilamaran berjaya menghadiahkan pingat pertama pada temasya Sukan Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil, semalam (awal pagi Selasa di Malaysia).

Sukan SEA: Sasaran 36 emas mampu direalisasi - Faizal Azumu
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam mampu direalisasikan.

Ahmad Faizal kagum semangat kental Azizulhasni
Ahmad Faizal berkata pelumba berusia 34 tahun itu juga, menunjukkan pemulihan cukup baik untuk kembali meneruskan latihan dalam masa beberapa bulan lagi.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.

Tiada kompromi atlet, jurulatih terlibat jenayah
Ahmad Faizal Azumu berkata, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada warga sukan dan golongan belia.

Tiada lagi had bagi aktiviti sukan dan rekreasi - Ahmad Faizal
Aktiviti sukan dan rekreasi kini boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada had tertentu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula hari ini.

Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.

KBS pantau pencapaian Shereen Vallabouy - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata pencapaian Shereen adalah satu perkara membanggakan dan mengharumkan nama negara.

Malaysia tidak ketandusan bakat baharu dalam sukan - KBS
Malaysia tidak pernah ketandusan bakat-bakat baharu dalam industri sukan ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.