awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarul Mahen optimis pertahan gelaran Mr Asia di Maldives

Bernama
Bernama
01/06/2022
06:11 MYT
Syarul Mahen optimis pertahan gelaran Mr Asia di Maldives
Bertanding selaku juara bertahan pastinya beliau akan memperagakan aksi yang terbaik untuk pulang dengan kejayaan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah optimis untuk mempertahankan gelaran Mr Asia pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-54 bermula 15 hingga 23 Julai ini di Maldives.
Atlet berbadan sasa dan tegap itu berkata turun selaku juara bertahan pastinya beliau akan memperagakan aksi yang terbaik untuk pulang dengan kejayaan.
Namun, pada masa sama atlet berusia 49 tahun itu mengakui saingan kali ini lebih mencabar selepas dua tahun kejohanan berkenaan ditangguh.
"Saya seboleh-bolehnya akan pergi dengan asas terbaik saya tetapi kerana dua tahun kejohanan tidak diadakan, saya tidak tahu bagaimana keadaan atlet lain terutamanya dari Timur Tengah. Atlet dari Asia Tenggara kebiasaannya saya boleh baca cara mereka.
"Atlet dari Timur Tengah seperti Iran, Qatar, Bahrain, Kazakhstan dan Tajikistan antara cabaran terbesar saya, manakala di Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam turut menjadi saingan hebat saya," katanya ketika ditemui semalam.
Bekas juara dunia empat kali berturut-turut itu berkata beliau juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyambut kemenangan Sukan SEA dan meraikan hari raya kerana perlu meneruskan diet dan disiplin ketat untuk kekal berada pada keadaan terbaik di Maldives nanti.
"Lepas Sukan SEA saya masih amalkan diet pemakanan hanya sempat mengambil 'bau' sahaja sekiranya ada jamuan rumah terbuka atau kenduri kerana masih ada lagi enam minggu sahaja persediaan sebelum ke Maldives," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bina badan
#Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah
#mr asia
#Maldives
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan