awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tandukan Danilo bantu Juventus ikat Atalanta

Astro Arena
Astro Arena
14/02/2022
01:15 MYT
Tandukan Danilo bantu Juventus ikat Atalanta
Danilo meraikan gol yang yang dijaringkan ketika perlawanan Serie A antara Atalanta dan Juventus di Stadium Gewiss, di Bergamo, Itali, 13 Feb 2022. (Foto AP)
ATALANTA 1 JUVENTUS 1
Danilo menjaringkan gol dalam waktu kecederaan untuk Juventus bangkit mengikat Atalanta 1-1 dalam perlawanan Serie A di Stadium Gewiss awal pagi tadi.
Atalanta bimbingan Gian Piero Gasperini kelihatan seperti akan meraih kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Bianconeri dalam saingan liga selepas Ruslan Malinovskiy menjaringkan gol gemilang pada 14 minit terakhir.
Bagaimanapun, Danilo enggan membiarkan perkara itu berlaku dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit kedua waktu kecederaan untuk Juve melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 11 perlawanan berturut-turut selepas kali terakhir tewas kepada lawan sama di laman sendiri pada November lalu.
Keputusan itu bermakna Juve kekal berada di tangga keempat dan ketinggalan dua mata di depan pasukan tuan rumah itu -- walaupun La Dea berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
FT | | A leveller gives us a share of the points #AtalantaJuve #FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/7HDMvDykQ9
— JuventusFC (@juventusfcen) February 13, 2022
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Juventus
#Atalanta
#Serie A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan